skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

MUSLIM & NON-MUSLIM RELATIONS IN MALAYSIA

GENERAL 0 ulasan

As-salaamu 'alaikum, jemputan kepada semua untuk menghadiri seminar ini.

Boleh rujuk di http://seminar. insight.org. my/

Photobucket

MUSLIM & NON-MUSLIM RELATIONS IN MALAYSIA

BERTARIKH : 2 OGOS 2009
HARI: AHAD
MASA: 8 PAGI - 5 PTG
YURAN: PELAJAR RM 10 / BUKAN PELAJAR RM 30

BERTEMPAT
MULTIPURPOSE HALL
MULTIMEDIA UNIVERSITI KAMPUS CYBERJAYA




PROGRAM TENTATIVE

8.00-8.30 am Registration

8.30-9.15 am Session 1
Ustaz Hussein Yee (Pertubuhan Al-Khadeem)
Topic: Muslims responsibilities towards non-Muslim in the
context of Malaysia.

9.15-9.45 am Arrival of VVIP/VIP & Break

9.45-10.30 am Opening Ceremony by Dato' Seri Shahidan Kassim

10.30-11.00 am Refreshment for VVIP/VIP & participants

11.00-11.45 pm Session 2
Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji
IIS Speaker and Friendly Comparative Religion (FCR)
Topic: Non-Muslim's perception towards Islam

11.45-12.30 pm Session 3
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Professor Emeritus of University Malaya
Topic: Sharing Islam to non-Muslim

12.30-2.00 pm Lunch Break & Zohor Prayer

2.00-2.45 pm Session 4
Dr William Lau
Archdiocesan Ministry of Ecumenical & Inter-Religious Affairs
Topic: Promoting Unity through Inter-Religious Dialogue in Malaysia

2.45-3.30 pm Session 5
Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani
Syariah Lawyer and Freelance Lecturer
Topic: Current issues pertaining to Muslim-non-Muslim

3.30-5.00 pm Forum: "Inter-religious unity, what's next?"
Speaker: Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Ustaz Hussien Yee
Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji
Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani
Dr William Lau

Insyaallah JKSK akan berusaha utk menyediakan 2 buah bas untuk ke sana.


Ahad, Julai 26, 2009



Tinta Saudara Yusuf

MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan



MOHD YUSUF SIDIN BIN ABDULLAH

TIMBALAN PENGERUSI 1 JKSK

4 SKK




Assalamu’alaikum wmt. wbt


Segala puji bagi Allah Swt, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, dengan petunjuk dan hidayah daripadanya dapat kita bersua kembali di UTM untuk meneruskan pengajian di dalam bidang masing-masing. Tidak lupa juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dengan usaha baginda bersama para sahabat, dapat kita mewarisi dan mangamalkan serta menyebarkan Islam atas petunjuk daripadaNYA, Insya Allah.


Syabas dan tahniah buat adik-adik yang berada di tahun pertama kerana memilih Universiti Teknologi Malaysia sebagai medan untuk menimba ilmu dimana perjuangan adik-adik ini merupakan tilik tolak perubahan sikap serta pemikiran mengikut arus drama keadaan persekitaran di kampus UTM ini. Maka dengan ilmu pengetahuan ini jugalah aset yang akan menaikkan darjat seseorang dari kalangan mereka yang berilmu.

Firman Allah SWT.

Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu pengetahuan) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu pengetahuan)? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna..
- Surah Az-Zumar, Ayat 9

Untuk melahirkan saudara baru yang berakidahkan Al-Quran dan juga Sunnah Rasullulah SAW yang lebih mantap, tidaklah semudah seperti kita mudah untuk menyebut perkataan itu. Ia sebenarnya berteraskan kepada hasil kesedaran dan juga usaha yang berterusan daripada kita yang berjiwa muslim untuk membimbing mereka supaya acuan Islam dapat dibentuk melalui usaha yang tidak kenal penat dan lelah. Bagi mereka yang memilih agama Islam setelah meninggalkan agama terdahulu, peluang untuk belajar adalah sangat luas kerana terdapat rakan-rakan yang bersedia untuk membantu untuk memastikan anda semua dapat mengamalkan Islam yang sebenar.

Bagi mereka yang berkecimpung dalam usaha dakwah pada saudara kita, manfaatkan pengalaman yang diperolehi untuk kita berhadapan dengan masyarakat yang lebih dewasa dimana idea-idea dan juga tenaga kerja kita diperlukan untuk manfaat pembangunan kemasyarakatan. Landasan ini dapat diperolehi sekiranya kita dapat berbakti dengan seikhlas dan juga sejujur yang mungkin di dalam gerak kerja kita.

Semoga dengan sedikit sumbangan kita yang berada di organisasi ini menjadi salah satu daripada saham untuk kita berhadapan dengan Yang Maha Mencipta pada hari penghitungan amal. Semoga dengan sedikit amal ini juga akan membuka pintu hidayah daripada Allah untuk kita berlumba-lumba dalam menegakkan kalimahNya yang agung dan seterusnya mengenali orang ramai akan agama Islam sebagai satu cara hidup yang menjadi fitrah manusia. Insya Allah.


Ahad, Julai 26, 2009



Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya

MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan





MUHAMMAD SALIM BIN AZHAM
TIMBALAN SETIAUSAHA JKSK
4 SMM




Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., tuhan empunya sekalian alam, tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan yang mulia Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang tepuji, mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat..

Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin
Amma Ba'du, Adapun kemudian daripada itu, Faqir yang kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang dimuliakan berkenaan "Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya di dalam ayat Al-Quran". Marilah sama-sama kita merenung kembali bagaimana sayang dan kasihnya Allah s.w.t. , Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang membela hamba dan NabiNya di saat manusia mendustakan Nabi s.a.w. .

Tatkala orang2 musyrikin menuduh Nabi s.a.w. dan berkata "Wahai orang yg diturunkan Al-Quran kepadanya, sesungguhnya engkau benar-benar seorang yang gila"(Al-Quran ,Al-Hijr:6)


Allah s.w.t. langsung menjawab dengan Firman-Nya:
"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat tuhanmu ,engkau(Hai Muhammad) sekali-kali bukan orang yg gila"(Al-Qalam:1-2)

Dan tatkala mereka berkata lagi "apakah dia mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?"(s.Saba':8)
Allah s.w.t. menjawab dengan Firman-Nya "Bahkan org2 yg tidak beriman kepada kampung akhirat berada dalam siksaan dan kesesatan yg jauh" (s.Saba':8)

Dan kerika mereka ingkar dan berkata kepada Nabi s.a.w. "engkau bukan seorang yg dijadikan rasul "(s. Ar-Ra'd:43)


Maka Allah s.w.t. membantah mereka: "Yaasin, demi Al-Quran yg penuh hikmat, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul " (Yaasin 1-3)

Dan ketika musuh-musuh Nabi s.a.w. mengejek baginda dengan kata-kata : "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan pelbagai sembahan kami, kerana seorang penyair yang gila?"(s. Ash-Shaffaat:36)

Maka Allah s.w.t. menyanggah tegas dengan Firman-Nya : "Sebenarnya dia (Muhammad) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan Rasul-Rasul sebelumnya"(s.Ash-Shaffaat:37)

Dan setelah Allah s.w.t. membenarkan Rasul-Nya, lantas Allah s.w.t. mengancam musuh-musuh baginda dengan firman-Nya : "Sesungguhnya kamu pasti akan merasakan azab siksa yang pedih" (s. Ash-Shaffaat:38)


Dan tatkala mereka berkata terhadap Nabi s.a.w. : "mereka mengatakan dia adalah seorang penyair, yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya" (s. Ath-Thur:30)


Maka Allah s.w.t. membalas dengan Firman-Nya :"Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan syair itu tidak layak baginya" (s.Yaasin:69)


Dan ketika mereka melemparkan tuduhan bahawa baginda s.a.w. diilhami oleh syaitan, maka Allah s.w.t. segera menjawab:" Dan Al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan" (s. As-Syu'araa:210)


An-Nadher bin Al-Haaris, lawan dan seteru Rasulullah s.a.w. yang paling gigih menentang baginda , berkata :" Kalau kami mengkehendaki, nescaya kami dapat membacakan yang seperti itu( Al-Quran) , ini tidak lain hanyalah dongengan org2 purbakala" (s. Al-Anfal:31)


Maka Allah s.w.t. membalas dan menentang sesiapa saja yang beranggapan seperti itu dengan Firman-Nya : " Katakanlah sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yg serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yg serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yg lain" (s. Al-Isra':88)


Dan Al-Quran juga mengisahkan , bahawa golongan musyrikin Mekkah pernah mengejek baginda s.a.w. dengan kata-kata : " (dan mereka berkata) Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?" (s. Al-Furqaan:7)

Lantas Allah s.w.t. membalas ejekan mereka dengan Firman-Nya : "Dan kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelumnya, melainkan sungguh-sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar".(s. Al-Furqaan:20)

Dan golongan Yahudi yang memperolok-olokkan Nabi s.a.w. kerana baginda s.a.w. beristeri ramai, maka Allah s.w.t. membalas dengan Firman-Nya : "Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurniaan yg Allah s.w.t. telah berikan manusia itu, sesungguhnya kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan kami memberikan kepadanya kerajaan yg besar" (s. An-Nisa':54)

Sesungguhnya sangat banyak pembelaan Allah Azza Wajalla kepada hamba dan Nabi-Nya s.a.w. . Dan ketahuilah saudara yg dikasihi bahawa sebagai umat Nabi s.a.w. , wajib kita mempertahankan kemuliaan dan kehormatan junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad s.a.w. . Hari ini Umat Islam dan saudara kita disembelih, dibunuh, dicabul hak mereka....adakah kita redha??. Pandangan dunia terhadap kita bersifat olok-olok , penuh dengan syak wasangka dan berniat jahat kepada kita. Di serata tempat di mana Umat Islam adalah minoriti ditindas, dinafikan hak mereka walaupun mereka adalah penduduk asal tempat itu, lihatlah saudara kita di Palestin, Di Chechnya, Di Khasmir, Pattani dan terbaru di Xinjiang..Janganlah walau sekalipun kita serahkan urusan dan pembelaan Umat Islam ini di tangan org2 bukan Islam yg hanya menolong sekiranya mendapat balasan yg menguntungkan mereka.

Cukuplah bagi kita , Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. ..Betapa sedih dan kecewa hati melihat para pemimpin Islam yg mempunyai kuasa diam membisu seribu bahasa dan sgt takut untuk bersuara membela saudara tercinta . Maka , sangat penting umat Islam hari ini mengusai Ilmu Pengetahuan dan membentuk fikir risau tentang agama dan nasib umat Islam yg tercinta bermula dari sekarang ini. Umat Islam hari ini perlu sentiasa merenungi kehidupan , perjuangan, dan adab serta akhlak Nabi s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Apabila kehidupan Baginda s.a.w. meresap ke dalam kehidupan kita, jadilah kita sebaik-baik Umat yg dilahirkan.
Saudara , apabila kita menyebut Allah, disunatkan pada kita untuk menyebut Jalla Jalaluh, Azza Wajalla, dan Subhanahu Wata'ala, Dan tidak dijanjikan azab bagi mereka yg tidak menyebut demikian. Dan apabila kita menyebut para sahabat dan Wali2 Allah, disunatkan pada kita menyebut r.a, rah. Dan tidak dijanjikan azab siksa bagi mereka yg tidak menyebut itu. Tetapi apabila disebut nama Nabi Muhammad s.a.w. , dijanjikan Azab siksa serta laknat Allah s.w.t. ke atas mereka yg tidak berselawat ke atas baginda. Tahukah saudaraku apakah sebabnya??? KERANA NABI MUHAMMAD S.A.W. ADALAH SEBAB TERBESAR HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T. . Bagaimana kamu mendakwa cintakan Allah s.w.t. tetapi melupakan kekasih-Nya?. Apabila org kafir berkata "kami mencintai Allah, maka perlu apa kaitan Muhammad dengan kami?". Maka Allah s.w.t. membalas dengan firman-Nya : "(katakan ya Muhammad) Kalau kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah s.w.t. akan cintakan kamu dan ampunkan dosa dosa kamu".

Ya Allah ..Selamatkan saudara kami yg ditindas oleh mereka yg dengki hatinya kpd hamba-Mu
Ya Allah...Tabahkan hati mereka, kuatkan iman mereka, tegakkan pendirian mereka. Ya Rahman...Kasihani mereka, Rahmati mereka, Ampunilah mereka. Ya Allah..jangan Kau tanggalkan dari hati kami kecintaan terhadap-Mu dan Kekasih-Mu Ya Allah...Pertemukan kami (Umat Nabi s.a.w.) di telaga Kauthar Kekasih-Mu Ya Allah...Tuhan Empunya sekalian Alam..Tuhan yang berfirman dengan haq "Berdoalah, nescaya aku perkenankan doa kamu". Ya Allah..Perkenan kan doa kami.... Selawat dan salam sebanyaknya moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah...Tempatkan junjungan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sangat kasih mereka itu kpd umat ini.. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Empunya sekalian Alam, Dan Allah jua yg memberi petunjuk dan Allah Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)


http://kembaraimanku.blogspot.com


Ahad, Julai 26, 2009



Alhamdulillah, Born of Love berjalan dengan lancar

EXCO TARBIYAH 0 ulasan

Assalamualaikum wmt. wbt.

Alhamdulillah pada hari Ahad yang lalu, bersamaan 19 Julai 2009,satu majlis iaitu Born of Love berjaya diadakan. Hampir 50 orang ahli JKSK telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini diadakan sempena menyambut kedatangan ahli-ahli baru, kebanyakan ahli-ahli baru adalah pelajar Tahun 1 yang baru memulakan sesi pengajian termasuk juga pelajar-pelajar dari Universiti lain yang memasuki program pertukaran pelajar.

Majlis diserikan dengan kehadiran Saudara Kita (SK) yang baru memulakan pengajiannya iaitu Saudari Syafiqah. Pembukaan majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran dari seorang Qari diikuti ucapan dari pengarah program Saudara Razali, perkongsian bersama Saudara Muhajirih, ucapan dari pengerusi JKSK Saudara Hazwan dan pengenalan kepada JKSK yang disampaikan oleh Saudara Yusuf selaku Timbalan Pengerusi 1.

Seusai majlis, sedikit jamuan disediakan. Alhamdulillah sekali lagi, dengan berhempas pulas akibat dari pelbagai rintangan yang datang, akhirnya majlis ini dapat diadakan. Disini kita ditarbiyah dimana, sesuatu perkara yang baik itu, kalau hendak diadakan sangatlah susah jika hendak dibandingkan dengan perkara-perkara yang kurang baik. Disitulah terletaknya keberkatannya. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, jangan kita mengeluh jika usaha kita tidak mencapai kepuasan yang kita kehendaki, asal saja redha Allah bersama, kerana Allah tidak memandang kepada hasil, tapi memandang kepada usaha. Oleh itu, betulkan niat kita dalam apa jua tindakan, semoga ia dipandang sebagai ibadah disisi Allah S.W.T. Wallahu'alam.


Ahad, Julai 26, 2009



Born of Love

EXCO TARBIYAH 0 ulasan

Assalamualaikum wmt wbt

Apa khabar sahabat2, alhamdulillah semester baru ni kita masih lagi berdiri di bumi UTM dan Allah s.w.t masih memberi kita peluang untuk memperbaiki dan mempertingkatkan malah meneruskan lagi perjuangan kita di medan perjuangan akademik mahupun perjuangan Islam di sini. Insya Allah..

Alhamdulillah pada Minggu Haluan Siswa yang lalu, kita berjaya mengadakan booth pendaftaran dalam mencari pelapis2 baru bagi meneruskan lagi agenda dakwah kelab JKSK yang tercinta ini.. Oleh itu, kesinambungan dari pendaftaran untuk keahlian, JKSK dengan sukacitanya mengadakan Born of Love. Apa itu Born of Love??Born of Love adalah satu majlis pengenalan kelab JKSK kepada ahli2 baru yang sudah mendaftar.

Pada majlis kali ini, ahli2 JKSK dijemput untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi sesi pengenalan disamping beramah mesra bersama ahli2 baru. Berikut merupakan maklumat majlis. Jika terdapat sebarang perubahan, akan diberitahu kelak, insyaallah.

Tempat: Dewan al-Ghazali, Pusat Islam UTM
Masa: 4.45 p.m
Tarikh: 19 Julai 2009 (ahad)

Sekian,

Wasalam..


Jumaat, Julai 17, 2009



Tinta Pengerusi JKSK

MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan






MOHD HAZWAN BIN HASSIM
PENGERUSI JKSK
4 SMK







Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi menemukan kita semua ke semester baru 2009/2010 bagi meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah di bumi UTM. Selamat kembali dan selamat bertemu semula. Dan kepada adik-adik yang baru mendaftar selamat datang ke UTM, gunakanlah segala peluang yang ada di sini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman ikhlas demi Islam.

Permulaan baru sentiasa menuntut azam baru untuk pencapaian yang lebih baik daripada sebelum ini. Itulah yang sentiasa diharapkan apabila masuknya tahun baru, semester baru, atau masa-masa baru hatta melalui hari yang baru. Memperbaharui azam akan meningkatkan semangat yang berkobar-kobar untuk mencapainya.

Islam sentiasa mengajar untuk kita mengulang-ulang niat dan ikrar supaya kita tidak hanyut oleh cabaraan dan godaan yang sentiasa mendatang. Sekaligus menjadikan umat Islam berada di jalan Allah sepanjang masa.

Seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, “Perbaharuilah iman kamu”, sahabat bertanya, “Bagaimanakah memperbaharui iman kami?” Rasulullah menjawab, “Ucapkanlah La ilaha iLlah” . Cantiknya hadith ini iaitu menuntut kita supaya sentiasa memperbaharui serta mengingati lafaz janji dan azam supaya kita tidak lari daripada jalan perjuangan yang kita lalui.

Namun apa yang diperkatakan oleh kebanyakan mahasiswa-mahasiswi hari ini tidak lebih dari peribahasa yang berbunyi ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sehinggakan ianya tidak memberikan apa-apa makna dan apa yang dicapai pun tidak mampu memberikan impak yang lebih baik berbanding sebelum ini. Walaupun cemerlang tetapi amat sedikit yang mampu menyumbang kepada Islam. Yang selebihnya hilang dek godaan dunia semata-mata.

Sebagai iktibar ialah apa yang sentiasa dilakukan oleh orang kedua terkaya di dunia, Warren Buffett, yang saban tahun akan menghantar surat kepada setiap ketua eksekutif syarikatnya mengingatkan tentang misi syarikat. Apa yang lagi menarik ialah beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikatnya. Dengan hanya menghantar surat mengingatkan tentang misi syarikat, beliau mampu memberi perangsang dan motivasi kepada ketua-ketua eksekutifnya sehingga mampu menjadi orang kedua terkaya di dunia selepas Bill Gate dengan aset yang tidak kurang daripada 30 bilion US Dolar.

Memperbaharui azam bukanlah beerti membina azam lain, tetapi mengingatkan kembali apa yang ingin dicapai di dalam perjuangan ini. Begitulah yang sepatutnya dilakukan seorang pejuang dakwah. Bukan sekadar mengungkapkannya namun mengalir di dalam diri sebagai darah perjuangan Islam. Sentiasa berkobar-kobar bagaikan api yang marak dan tak dapat dipadamkan.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah An Nisaa’ ayat 84 yang bermaksud:

“Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).”

Azam yang baik memerlukan perancangan yang rapi melalui kefahaman yang mendalam. Seringkali terjadi ramai di kalangan para muda mudi yang belajar tanpa memahami apa yang patut dilakukan. Lebih teruk lagi tiada adab-adab belajar yang diamalkan dan tidak ikhlas semasa belajar. Jika diamati betul-betul para ilmuan, terserlah betapa mereka benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Inilah rahsia ilmuan barat yang tidak pernah main-main dengan ilmu sehingga mereka mampu menguasai dunia dan menindas umat Islam yang mundur.

Sahabat seperjuangan yang saya kasihi, tahniah kepada yang telah mendapat keputusan cemerlang pada semester lepas. Teruskan kecemerlangan demi Islam tercinta. Begitu pula dengan yang kurang cemerlang masih ada masa lagi, ambillah peluang ini untuk membuktikan orang Islam sentiasa boleh.

Ayuh, jangan dibiarkan masa berlalu tanpa memberi manfaat kepada Islam, “Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam”. Kita sebagai pendokong Islam yang tinggi tidak sepatutnya ditindas ke tempat yang rendah.

Tanggungjawab mengembangkan Islam terletak di atas bahu kita semua. Maka tidak seharusnya akademik dan urusan keduniaan yang lain menjadi alasan untuk kita tidak korbankan sedikit masa, buah fikiran, tenaga dan harta untuk menggerakkan dakwah menarik orang kepada Islam.

Selagi mana masih ada orang yang menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar, selagi itulah Allah tidak akan menurunkan bala kepada sesuatu kaum. Amat berat ancaman ini bagi orang yang benar-benar ikhlas dalam beragama. Inilah satu-satunya jalan kejayaan, iaitu meletakkan diri sebagai penggerak agama Allah.

Dengan azam baru, dilengkapi perancangan yang rapi, kefahaman yang tinggi dan disusuri ksungguhan serta keikhlasan InsyaAllah kita gerakkan dakwah di bawah wadah JKSK untuk memperkenalkan Islam kepada yang belum mengenali sekaligus mengajak mereka untuk berintima dengan Islam. Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allah taala di dalam Surah Ali Imran ayat ke 110 yang bermaksud:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Sebelum menutup bicara, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan sahabat-sahabat yang ikhlas, cekal dan setia bersama-sama mengharungi dunia perjuangan yang penuh mencabar ini. Sama ada yang lama ataupun yang baru. Sekali lagi mengingatkan, jadilah seorang penuntut ilmu yang ikhlas sehingga menjadi seorang ilmuan Islam di dalam bidang yang diceburi. Saya tutup dengan satu hadith yang lebih kurang maksudnya, “Islam itu ditentang dari semua arah, jangan biarkan Islam diserang dari arah kamu.”

Sekadar itu sahaja, segala yang baik daripada Allah, yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri ini, harap dimaafkan dan salah silap minta ditegur dan diperbetulkan. Wallahuta’ala a’lam. Wassalam.

Mohd Hazwan Bin Hassim


Jumaat, Julai 17, 2009



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
    Maka sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling membelakang.
    (QS. AR RUUM:52)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ►  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ►  Januari (8)
    • ▼  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ▼  Julai (6)
        • MUSLIM & NON-MUSLIM RELATIONS IN MALAYSIA
        • Tinta Saudara Yusuf
        • Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya
        • Alhamdulillah, Born of Love berjalan dengan lancar
        • Born of Love
        • Tinta Pengerusi JKSK
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      4 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      11 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft