skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

Usrah Kubra JKSK

EXCO TARBIYAH 0 ulasan

Assalamu'alaikum wmt wbt

Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam di bulan yg penuh barakah ini...Ramadhan datang sebagai hadiah dari Allah buat hambaNya yang menginginkan perubahan dalam hidupnya. Sejujurnya kita sering berasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai perubahan. kita sering berada di takuk lama dan copy and paste pencapaian semalam utk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. kita seperti tidak punya api utk mencipta perubahan bermakna. Rasulullah telah menunjukkan penanda aras tinggi dalam soal perubahan apabila memberitahu:


" sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam dia orang yang untung. sesiapa hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang yang zalim"

ertinya, perubahan perlu pada setiap 24 jam. hari semalam yang telah ditinggalkan dgn bekas yg samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. cuba kita bayangkan beberapa peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. alangkah hebatnya tahun ini.

di extract dari: Majalah Anis


Insyaallah, JKSK akan mengadakan Usrah Kubra untuk kali yang ke-2 utk semester kali ini. berikut butiran majlis:

Tarikh: 31 Ogos 2009 (ISnin)
Tempat: Bilik al-Biruni, Pusat Islam UTM
Masa: 5.00 petang
Tajuk: Ciri-ciri Islam

Moga majlis ilmu ini mendatangkan manfaat dan keberkatan buat kita. Insyaallah..
Wasalam


Isnin, Ogos 31, 2009



Iftar MSI

0 ulasan


Assalamu'alaikum wmt. wbt

Alhamdulillah, insyaallah kita diberi peluang untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan, yang penuh keampunan dari Allah swt yang diberi kepada kita, umat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Sempena bulan Ramadhan ini, Pusat Islam UTM akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi kita mempelbagaikan lagi amal ibadah kita.. Antara program yang JKSK akan berkerjasama dgn Pusat Islam ialah Iftar @ Majlis Berbuka Puasa..

Iftar ini akan berjalan sehingga akhir Ramadhan..termasuk juga bersahur pada setiap hujung minggu dan 10 malam terakhir bagi mereka yang berqiamulail di Masjid..

Oleh itu, JKSK bersama Rakan Masjid diamanahkan untuk turut sama membantu dalam menyediakan persiapan berbuka dan bersahur setiap hari di bulan Ramadhan..untuk Muslimat, setiap penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada Ukhti Fadilah di nombor 013-9691715 dan untuk Muslimin, penyertaan boleh dimaklumkan kepada Akh Hazwan di 013-7976936..Makluman, makanan berbuka puasa yg disediakan di Masjid adalah percuma..

Saya mewakili Majlis Tertinggi JKSK ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Mengerjakan Ibadah yang dijanjikan pahala yang berganda di bulan mulia ini..Wasalam


"Oh you who believed! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may learn piety and rightousness" (Al-Baqarah, 2: 183)


Selasa, Ogos 25, 2009



Dari Pena Setiusaha I

MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Dia yang menguasai segala yang di langit dan segala yang di bumi serta padaNya disandarkan setiap sesuatu, Maha Suci Dia Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah bersyukur ke hadratNya kerana dengan izinNya masih peluang untuk melaksanakan segala amanahNya sebelum nikmat kehidupan itu diambil kembali.
Saat artikel ini disiapkan, selang beberapa detik sahaja umat Islam akan menyambut sebuah bulan yang hadir bersamanya rahmat dan di dalamnya terkumpul segala hikmah dari Yang Maha Pemurah iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang diwajibkan berpuasa kepada setiap indvidu muslim walau di pelusuk mana berada sebagaimana firmanNya dalam surah al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadhan), sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
Ramadhan adalah sebuah madrasah yang mengajar manusia itu erti sabar, syukur, bertolak ansur dan menambahkan ketaqwaan seorang muslim pada sang Khaliqnya. Ramadhan juga menggesa manusia mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sesempurna mungkin sebelum kaki melangkah masuk ke bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai ganjaran lumayan kerana bimbang diri akan tewas di medan petempuran atau terkandas di pertengahan dek godaan hawa nafsu manusia itu sendiri .
Bahkan, perlu disedari Ramadhan bukan sahaja bulan untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari tetapi bulan untuk menahan diri dari menghampiri apatah lagi melakukan maksiat. Ramadhan juga adalah sebuah bulan untuk manusia itu berlumba – lumba melakukan ibadah tidak kira siang atau malam . Bulan yang ditawarkan dengan ganjaran yang berlipat ganda dari bulan yang lain bagi setiap ibadah yang dilakukan . Selain itu, di dalam bulan ini terkandung satu ibadah yang tidak terdapat dalam bulan selainnya iaitu solat terawih .
Ramadhan juga bulan yang dijanjikan di awalnya rahmat, pertengahan maghfirah (keampunan) dan di
akhirnya pembebasan daripada api neraka. Malahan dalam bulan ini telah disediakan Allah satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan pada malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan
seluruhnya sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat –termasuk malaikat Jibril mengucapkan
salam kepada orang-orang beriman.Bahkan pada malam itu juga Al – Quran telah diturunkan.
Sebagaimana firman Allah dalam surah al –Qadr, ayat 1 -5 yang bermaksud :
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu turun malaikat dan ruh (Jibril ) untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar.
Tidak terhitung banyaknya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hambaNya pada bulan Ramadhan . Seandainya sahabat Rasulullah tidak sabar – sabar untuk menanti kehadiran Ramadhan dan menangisi pemergian bulan tersebut seharusnya begitu juga kita dan sekiranya saat anda membaca artikel ini anda berada dalam bulan Ramadhan bersyukurlah anda kerana masih diberi peluang walhal ada saudara kita yang telah dijemput untuk kembali padaNya sebelum sempat merasai dan meraih segala hikmah dan ganjaran pada Ramadahan pada kali ini.
Akhir kalam, berazamlah pada diri untuk menempuhi bulan Ramadhan yang penuh berkah ini dengan keimanan dan kesungguhan beribadah kepadaNya, sebagaimana sabda kekasihNya :
Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya , raihlah sebanyak mungkin ganjaran yang tersedia dan semoga madrasah Ramadhan yang dibina dengan rasa penuh kecintaan dan ketaqwaan pada Allah akan menjadikan kita istiqamah hingga ke akhir usia . Selain itu, berdoalah agar kita akan diberikan peluang untuk menempuhi Ramadhan pada kali ini hingga ke hujungnya . Wallahhua’lam.


Rabu, Ogos 19, 2009



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

0 ulasan


Assalamu’alaikum w.b.t.

Tatkala pena di alam maya ini menari-nari, diri ini sangat merindui pada bulan yang mulia, bulan kerahmatan dan bulan keampunan. Pasti juga seluruh umat Islam ternanti-nantikan bulan yang penuh barakah yang mana didalam bulan ini terdapat pelbagai pengajaran yang dapat diambil bagi meningkatkan lagi hubungan dan memperkasakan diri sebagai muslim sejati disisi Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardhu pada siang hari, amalan sunat pada malam-malamnya.”

Dalam menghitung detik-detik tibanya bulan Ramadhan ini, pastinya kita perlu mempersiapkan diri kita dengan senjata-senjata diri agar tidak ampuh apabila menghadapinya kelak. Apa yang dimaksudkan dengan senjata diri ini? Ayuh sahabat-sahabat, dalam beberapa hari yang berbaki ini, marilah kita ‘warming up’ diri kita sebelum tibanya hari kejadian. InsyaAllah, disini penulis ingin berkongsi mengenai persiapan menghadapi bulan Ramadhan yang diperoleh dari siri kuliah Maghrib yang sempat diikuti.

Pertama : Persiapan roh dan keimanan.

Bagaimana persiapan roh dan keimanan kita? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah bagi umat Islam. Justeru, dalam mentarbiyahkan diri kita, perlunya kita melakukan amalan-amalan yang bersifat kerohanian yang dapat membangkitakan rasa keimanan dan kecintaan kita kepada Allah S.W.T. antaranya adalah memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berpuasa sunat, mengerjakan solat-solat sunat dan bersedekah. Amalan membaca Al-Quran misalnya, jika dibiasakan, insyaAllah Ramadhan ini dapatlah kita mengkhatam Al-Quran jika dapat membaca satu juzuk sehari. Jika lancar lagi, dua juzuk sehari, maka dapatlah kita mengkhatam Al-Quran sebanyak dua kali. Subhanallah, betapa besar ganjaran yang Allah S.W.T. berikan bagi hambaNya yang melakukan amal kebaikan dan kebajikan di dalam bulan Ramadhan ini. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardhu, sementara yang melakukan satu perkara fardhu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardhu."

Kedua : Persiapan fizikal

Makanan kepada roh itu adalah jasad (fizikal). Jika jasad kita lemah, bagaimana kita nak membangunkan roh dan keimanan kita? Maka, disini perlunya kita membuat persiapan fizikal yang mantap agar diri kita tidak semput, lelah serta penat dalam proses pertarbiyahan di dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Membangunkan solat malam (qiyamullail) adalah antara terapi yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan fizikal disamping persiapan-persiapan yang lain.

“Orang yang bersolat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata”.(as– Sajdah :16-17) , tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzammil : 5)

Ketiga : Persiapan harta

Kaya dalam Islam bermaksud kaya untuk orang lain. Pelik bunyinya tetapi itulah hakikat yang sebenarnya kerana sesungguhnya rezeki itu milik Allah S.W.T. yang dikurniakan untuk hamba-hambaNya. Menelusuri tokoh sejarah Islam, Abdul Rahman Bin Auf, harta kekayaan yang diperolehinya digunakan dalam menegakkan agama Allah dan menginfak kepada yang memerlukan. Kita pula bagaimana? Di bulan penuh barakah ini, persiapkanlah harta kita dalam bersedekah sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah S.W.T. seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)

Empat : Persiapan kefahaman dan ilmu (intelektual)

Ibaratnya kita ingin menguasai sesuatu subjek, maka kita perlu memahami apa yang terkandung dalam subjek tersebut. Maka jika diaplikasikan dalam konsep persiapan menghadapi Ramadhan, maka perlunya kita memahami mengenai bulan Ramadhan itu sendiri, apa yang terkandung didalamnya, konsep halal dan haram di bulan Ramadhan, peristiwa yang berlaku dibulan Ramadhan dan pelbagai aspek yang perlu diketahui.

InsyaAllah, semoga apa yang dikongsi disini dapat dipraktikkan bersama dalam menghitung detik-detik tibanya Ramadhan ini. Wallahu’alam.


Hamba yang lemah,
Nur Atikhah binti Abd Halim

4 SKB

Ketua Exco Penerbitan dan Multimedia,

Jawatankuasa Saudara Kita, JKSK


Jumaat, Ogos 14, 2009



Program Lawatan ke PERKIM & MACMA

EXCO KEBAJIKAN 0 ulasan

untuk ahli JKSK sahaja.


Assalamualaikum wmt. wbt.
Justify Full
Insyaallah JKSK akan mengadakan program lawatan ke PERKIM dan MACMA pada 4 Oktober 2009 ini.Masa lawatan bermula pagi hari hingga ke petang.

Sehubungan dengan itu, kami mencari individu yang dapat menyumbangkan tenaga utk menjayakan program ini..Lawatan ini menyediakan tempat hanya untuk 35 orang peserta sahaja. AJK yang terlibat secara automatik layak untuk mendapat tempat..

Lawatan kita turut disertai oleh Rakan Masjid (RM).Oleh itu, tempat amatlah terhad.Jadi apa lagi, rebutlah peluang utk menjadi AJK program lawatan ini =) Segala pertanyaan dan persetujuan utk menjadi AJK program hendaklah dimaklumkan ke Ketua Exco Kebajikan Saudara Hadi di nombor013-3290031. Sekian.


**Rujuk Surah Muhammad ayat 7..Semoga ia membantu kita memasang niat yang murni dlm menjalankan gerak kerja Islam.



Rabu, Ogos 12, 2009



Konteks Sebenar Seorang Mualaf

EXCO DAKWAH 0 ulasan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada pembaca sekalian. Sedikit tatapan dari Dianah Sakinah keluaran yang lalu, dimana kami ini membawa anda menyelusuri konteks sebenar seorang muallaf.


Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril tidak disangkal lagi adalah agama yang menolak sebarang bentuk diskriminasi, malah meletakkan penganutnya pada taraf sama tanpa mengira jantina, keturunan, status sosial atau gelaran. Lantaran itu, tiada siapa boleh mendabik dada mengaku diri sendiri terbaik semata-mata bergelar Islam sejak lahir dan menganggap saudara baru perlu lebih banyak belajar, sedangkan hakikat yang terhidang di depan mata ketika ini ialah saudara baru lebih mendalami pemahaman mengenai Islam.


Istilah saudara baru, muallaf dan saudara Muslim selalu digunakan untuk merujuk orang yang baru memeluk Islam dan baru

bertatih untuk memulakan penghidupan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Istimewanya muallaf ialah kerana mereka termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat dan disebalik mengucap dua kalimah syahadah, keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.


Muallaf bermakna orang yang lembut hatinya menerima Islam. Bagaimanapun, ia cuma untuk urusan rasmi kerana secara umumnya kita menggunakan istilah saudara Muslim untuk menggambarkan golo-

ngan muallaf. Istilah muallaf dikekalkan kerana ia terdapat dalam enakmen negeri dan jika istilah itu ditukar, ia akan membabitkan pindaan enakmen.


Namun persoalan yang timbul, lama manakah tempoh istilah itu wajar digunakan. Adakah relevan menggunakan istilah saudara baru atau muallaf untuk merujuk kepada mereka yang sudah berpuluh tahun memeluk Islam? Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat urf (adat) semata-mata. Namun ada sesetengah negeri seperti Selangor yang menghadkan istilah muallaf sehingga lima tahun selepas memeluk Islam.


Ia mungkin kelihatan remeh, tetapi penerimaan masyarakat sendiri terhadap golongan itu tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Islam sebaliknya menyuruh saudara baru dibantu dan diberikan kemudahan untuk menjalani hidup sebagai seorang Islam.


Sepatutnya, kehadiran mereka perlu diterima dengan hati terbuka dan rasa gembira oleh umat Islam lain. Keturunan dan perbezaan latar belakang tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meletakkan mereka ke dalam kelas tersendiri. Dan umat Islam juga perlu memberi sokongan untuk membantu saudara baru membina keyakinan diri dan kekuatan diri untuk menghadapi cabaran hidup yang jauh berbeza daripada kehidupan terdahulu. Bukan dengan pandangan serong terhadap mereka yang baru memeluk Islam menyebabkan mereka berasa kehadiran tidak diperlukan dan dialu-alukan. Sedangkan dalam Islam, tidak sepatutnya wujud perbezaan antara baru atau lama, siapakah ibu bapa dan asalnya.


Bagi menghapuskan semua prasangka terhadap golongan saudara Muslim, mereka perlu menunjukkan niat yang betul selepas memeluk Islam. Ini berikutan, kepentingan niat yang jelas memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam. Perlunya ada keikhlasan untuk menjalani kehidupan serba baru kera- na yang penting ialah kesediaan menerima cara hidup baru dan mengubah tabiat lama yang bertentangan dengan Islam. Saudara Muslim juga tidak perlu berasa rendah diri, apatah lagi mempunyai anggapan negatif terhadap kedudukan dan statusnya. Pedulikan pandangan dan kata orang kerana yang penting ialah apa Islam kata dan yang diperoleh selepas menjadi Muslim.


Moral: Dijaga kebajikan dari segi rohani iaitu menjaga akidah

Sosial:

· Dijaga penghormatan dan kebajikan iaitu memberi panduan menjadikan muallaf sebagai anggota masyarakat yang berguna
· Babitkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan
· Menerima saudara baru seperti saudara sendiri


Rabu, Ogos 12, 2009



Usrah Kubra JKSK

EXCO TARBIYAH 0 ulasan


Assalamu'alaikum wmt. wbt. Apa khabar iman kita hari ini?? Semoga kita sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t. Insyaallah pada hari Jumaat ni JKSK akan mengadakan Usrah Kubra.

Antara agenda kita:
-Pengisian
-Pembahagian Usrah
-Hal-hal berbangkit

Maklumat majlis:
-Hari : Jumaat (14/08/09)
-Masa : 9.00 p.m
-Tempat : Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam UTM

Sedikit perkongsian.. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud, " Pada hari ini, aku sempurnakan agamamu bagi kamu dan aku sempurnakan nikmat aku ke atas kamu dan aku redhai Islam menjadi agamamu."

Dalam ayat ini Allah mengatakan Islam adalah satu nikmat dan bukannya bala bagi manusia. Berhubung dengan perkara ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir Quran Al-Azim berkata, "(Islam) merupakan nikmat paling agung yang dikurniakan Allah kepada umat ini. Apabila Allah menyempurnakan agama ini, umat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan nabi lain (selepas Nabi Muhammad s.a.w)."


Wasalam...


Rabu, Ogos 12, 2009



Kursus Perkahwinan di Pusat Islam UTM

GENERAL 0 ulasan


Assalamu'alaikum wmt. wbt.

Alhamdulillah setelah selesai Kursus Jenazah anjuran Pusat Islam, minggu berikutnya disambung pula dengan Kursus Perkahwinan anjuran Pusat Islam UTM bersama Pusat Bimbingan Keluarga Hidayah. Butiran kursus seperti berikut:-

Tarikh : 15hb&16hb Ogos (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Yuran : RM100 (Untuk ahli JKSK I.Allah akan diberikan diskaun sebanyak 10%)

Kepada siapa yang berminat bolehlah menghubungi Muhammad Hadi Ibrahim (Ketua Exco Kebajikan)..

Wasalam


Ahad, Ogos 09, 2009



Kursus Jenazah Pusat Islam UTM

0 ulasan



Assalamu'alaikum wmt. wbt


Insyaallah pada hari ahad ini (09 Ogos 09) akan diadakan Kursus Jenazah anjuran Pusat Islam UTM..Berikut merupakan butiran program

Hari: Ahad (09/08/09)
Tempat: Dewan al-Ghazali, Pusat Islam, UTM
Masa: 8.00am-3.00pm
Bayaran: RM 20
FREE (utk ahli JKSK sahaja)

Sebarang penyertaan, SMS kan nama penuh dan no. pengenalan kepada Muhammad Hadi Ibrahim (Ketua Exco Kebajikan) di no. 013-3290031

Sekian


Sabtu, Ogos 08, 2009



Rehlah Tautan Ukhwah

EXCO KEBAJIKAN 0 ulasan





MUHAMMAD HADI BIN IBRAHIM
KETUA EXCO KEBAJIKAN
4 SMM





Syukur Alhamdulillah pada 2 Ogos yang lalu Jawatankuasa Saudara Kita(JKSK) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti rehlah bersama-sama ahli jawatankuasa. Aktiviti ini telah dijalankan bertempat di hutan rekreasi UTM. Kehadiran ahli dalam aktiviti yang dijalankan ini agak memuaskan dengan jumlah ahli yang sedia berdaftar dengan JKSK yang tidaklah begitu tinggi bilangannya.

Tujuan utama aktiviti ini dibuat anataranya adalah untuk mengeratkan ikatan ukhuwah antara ahli terutamanya bagi adik-adik yang baru mendaftarkan diri di UTM Skudai ini. Selain itu,aktiviti ini dirancang sebagai wadah sebagai sesi perkenalan bagi ahli-ahli yang baru mahupun yang lama. Ini kerana sebagai persatuan yang boleh dianggap giat menjalankan aktiviti-aktiviti untuk pelajar kampus ini,maka adalah sangat dititikberatkan tentang jalinan persahabatan di antara ahli bagi memastikan kelancaran gerak kerja program yang sudah pastinya akan melibatkan banyak pihak tertumanya bagi ahli-ahli baru sebagai golongan pelapis bagi menyambung kepimpinan dalam JKSK. Selain itu,hal ini juga adalah untuk membiasakan ahli-ahli baru tentang program yang biasa atau boleh dianggap wajib dijalankan pada setiap semester.Dalam slot rehlah yang diadakan tersebut,beberapa aktiviti telah dijalankan mengikut modul yang telah dirancang. Modul-modul yang dijalankan agak ringan dan 'simple' tetapi setiap modul tersebut mempunyai rasional atau objektif yang tersendiri untuk dicapai sebagai 'feedback' daripada ahli kepada JKSK dalam membangkitkan komitmen mereka terhadap persatuan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyenaraikan harapan peribadi kepada JKSK yang mungkin boleh dianggap sebagai satu permulaan dan azam terhadap JKSK itu sendiri.

Akhir kata,saya selaku ketua exco bagi unit kebajikkan mengharapkan supaya ahli-ahli baru dan lama dapat berganding bahu bersama-sama dalam menjanakan pembangunan JKSK sebagai wadah atau jalan dakwah kepada seluruh warga kampus secara umumnya dan kepada non-muslim secara khususnya. Wadah yang dipilih ini bersesuaian dengan VISI JKSK itu sendiri yang menjadikan Islam sebagai Ad-Deen bagi setiap orang. Selain itu,diharapkan pertambahan ahli juga akan meningkat pada masa-masa akan datang seiring dengan meningkatkannya rancangan aktiviti yang telah dibuat mahupun yang akan dibuat pada masa akan datang dengan kepimpinan baru. Diharapkan juga JKSK dapat berusaha menambahkan jumlah bilangan non-muslim untuk memeluk Islam dengan agenda-agenda yang dirancang khusus untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bersama-samalah kita untuk memperkasakan JKSK sebagai sebuah persatuan yang bukan sahaja meninggalkan nama tetapi juga meninggalkan jasa untuk masyarakat UTM khususnya. Akhir kalam dari saya,majulah JKSK untuk pembangunan ummah...Wassalam...

Mutiara kata untuk renungan bersama...

Sahabat,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira di dalam kelalaian,
Aku gembira mendengar tangismu kerana pengorbanan
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
dari hidup dalam kesesatan,
Sahabat,
Muliamu bukan pada pangkat dan harta,
tetapi Islam yang menjadi pakaianmu di dada....

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"


Ahad, Ogos 02, 2009



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
    Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.
    (QS. ALI IMRAN:111)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ►  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ►  Januari (8)
    • ▼  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ▼  Ogos (10)
        • Usrah Kubra JKSK
        • Iftar MSI
        • Dari Pena Setiusaha I
        • Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
        • Program Lawatan ke PERKIM & MACMA
        • Konteks Sebenar Seorang Mualaf
        • Usrah Kubra JKSK
        • Kursus Perkahwinan di Pusat Islam UTM
        • Kursus Jenazah Pusat Islam UTM
        • Rehlah Tautan Ukhwah
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      4 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      11 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft