skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

Perkasakan Aqidah ASWJ

GENERAL 0 ulasan

Klik untuk imej besar

Sumber: Persatuan Mahasiswa Islam UTM

Simposium Maulidur Rasul UTM disemarakkan lagi dengan ceramah Perkasakan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah malam esok (28 Februari, selepas solat Isyak) di dewan solat utama Pusat Islam UTM. Ceramah bakal disampaikan oleh Ustaz Zamihan Bin Mat Zin, Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

MANTAPKAN AQIDAH PADA AKHIR ZAMAN INI. Sama-sama hadirkan diri insya Allah. Semoga kegiatan dakwah kita akan lebih murni dengan pegangan aqidah yang benar.


Sabtu, Februari 27, 2010



PENGUMUMAN : Talaqqi Kitab

0 ulasan


Pengajian kitab tauhid

FARIDATUL FARAID

di surau Kolej 11

bermula pada hari Rabu (esok 24 Februari)

dari maghrib hingga isyak

Insya Allah datang beramai-ramai. Kita bertalaqqi dengan guru dan kitab yang muktabar. Bersama mantapkan aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.

Yang dah beli kitab, jangan tak datang pula!!

Walau sehebat mana pun kita di medan perjuangan, jangan sekali-kali lupa akan tanggungjawab menuntut dan memperkukuh ilmu khususnya aqidah. Semoga Allah memelihara kita daripada tersesat atau menyimpang walau sedikit pun daripada jalan yang lurus.

HARAP MAAF

PENGAJIAN KITAB PADA HARI INI (24 FEBRUARI) DITUNDA


Selasa, Februari 23, 2010



Aqidah Hindu

GENERAL 0 ulasan

Hindu pun beraqidah.

Jika anda bertanya seorang Hindu tentang jumlah tuhan yang disembah olehnya, tentu dia akan manjawab sama ada tiga, tiga puluh tiga, seribu atau mungkin juga tiga puluh tiga kror. Sebanyak manakah tiga puluh tiga kror?

330,000,000

Banyak betul.

Akan tetapi, jika anda bertanya kepada seorang Hindu yang alim (terpelajar lagi berpengetahuan) tentang agama dan kitab sucinya, tentu sekali dia akan menjawab,

"Hanya satu Tuhan yang sepatutnya dipercayai dan disembah oleh penganut Hindu."

Bukti:

"Those whose intelligence has been stolen by material desires worship demigods."

Ayat ini terkandung dalam Bhagwad Geeta 7:20. Tafsir ayat tersebut ialah, orang yang materialistik sebenarnya menyembah selain Tuhan sebenar (demigod). Hal ini bererti, Hindu meyakini wujudnya Tuhan sebenar dan adanya tuhan-tuhan lain yang disekutukan dengan Tuhan sebenar oleh sebahagian orang.

Bukti yang lebih jelas:

"Ekam evaditiyam."
Maksudnya: "Dia hanya satu, tiada yang kedua."
Chandogya Upanishad, Prapathaka (bab) 6, Khanda (seksyen) 2, Shloka (ayat)1.

"Na casya kascij janita na cadhipah."
Maksudnya: "Dia tidak mempunyai ibu bapa mahupun tuan."
Svetasvatara Upanishad, Adhyaya (bab) 6, Shloka 9.

"Na tasya pratima asti."
Maksudnya: "Tidak ada yang serupa dengan-Nya."
Svetasvatara Upanishad, Adhyaya 4, Shloka 19.

Ayat seterusnya pula menyatakan,

"Na samdrse tishati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam."
Maksudnya: "Zat-Nya tidak boleh dilihat, tiada sesiapa yang melihatnya dengan mata."
Svetasvatara Upanishad, Adhyaya 4, Shloka 20.

Berdasarkan ayat-ayat dalam skrip suci Hindu sendiri, Tuhan yang sepatutnya diyakini dan disembah hanyalah satu, esa, tiada selain-Nya, tidak berbapa dan beribu, tiada yang serupa dengannya, dan Dia tidak dapat dicapai dengan penglihatan. Inilah juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana terkandung dalam surah al-Ikhlas,

"Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah yang dituju (menjadi tujuan dan tumpuan hamba). Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang serupa/setara dengan-Nya."

Justeru bagaimanakah halnya dengan penganut Hindu sekarang yang menyembah patung-patung dan dewa-dewa selain Tuhan yang Maha Esa? Tidakkah hal ini bercanggah dengan ajaran sebenar agama Hindu?

...akan bersambung insya Allah...

*Disuap ke Facebook daripada http://jkskutm.blogspot.com


Jumaat, Februari 05, 2010



Kepercayaan Sebenar Jesus Christ

GENERAL 0 ulasan

Daripada entri yang lalu (petikan blog jalanibrahim) dapatlah disimpulkan bahawa 'Anak Tuhan' dalam Bible bukanlah bermaksud anak Tuhan yang sebenarnya, tetapi hanya kiasan bagi orang-orang yang tinggi darjat di sisi Tuhan. Jika tidak demikian, maka Tuhan mempunyai ramai anak selain Jesus, Jesus pula bukannya anak tunggal Tuhan dan semua anak Tuhan mestilah disembah bersama-sama Jesus. Apa benar penganut Kristian menyembah anak Tuhan selain Jesus?

Baiklah, sekarang mari kita bincangkan konsep akidah yang dibawa oleh Jesus.

Sabda Jesus yang tercatat dalam kitab Matthew 5:17-18,

"Don't misunderstood why I have come. I did not come to abolish the law of Moses or the writings of the prophets. No, I came to fulfill them."

Oleh itu, Jesus datang kepada manusia untuk melengkapkan ajaran Musa dan nabi-nabi lain.

Sabdanya lagi ketika menjawab soalan seorang pemuda; tercatat dalam kitab Matthew 19:16-17,

"Teacher, what good thing must I do to get eternal life?"
"Why do you ask me what is good? Jesus replied. There is only One who is good. If you want to enter life, obey the commandments."

Apakah hukum atau perintah Tuhan yang paling penting?

Soalan seperti itu pernah ditanya oleh seorang pendeta Yahudi kepada Jesus, maka baginda pun menjawab,

"Hear O Israel; The Lord our God is the one and only Lord."

Mendengarkan itu, pendeta Yahudi pun berkata,

"Well said teacher. You have spoken the truth by saying that there is only one God and no other."

Sila rujuk kitab Mark 12:29-32.

Berdasarkan ayat-ayat dalam kitab suci Kristian sendiri, jelaslah bahawa akidah yang dibawa oleh Jesus ialah akidah tauhid, yakni mengesakan Tuhan dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Konsep ini ditegaskan lagi dalam kitab John 17:3,

"This is the way to have eternal life, to know you, the only true God, and Jesus Christ, the one you sent to earth."

Lantaran itu, wahai mereka yang berpegang pada triniti, jikalau kalian mahu hidup kekal di Syurga, bersaksilah bahawa Tuhan itu hanyalah Dia yang Esa, tiada selain-Nya. Bersaksilah juga dengan seikhlas hati, bahawa Jesus Christ bukanlah tuhan atau anak tuhan, tetapi baginda hanyalah manusia biasa yang diutuskan (sent) oleh Tuhan yang Esa, atau dengan lain perkataan, Jesus ialah rasul bagi umatnya, Bani Israel. Wallahu a'lam.


Rabu, Februari 03, 2010



Kiasan 'Anak Tuhan'

GENERAL 0 ulasan

Wahai anda yang, semoga, semakin ragu dengan agama Nasrani…
Saya akan tambahkan bahwa penggunaan sebutan Anak Tuhan dalam ALKITAB anda hanyalah KIASAN…dan dalam PERJANJIAN LAMA kaum YAHUDI pun mengetahui idiom ini…tanpa mengatakan anak Tuhan yang dimaksud adalah Tuhan itu sendiri…
Mereka menolak Yesus anda bukan karena pengakuan Ke Anak Tuhan-an YESUS..tapi karena kesombongan Imam Besar Yahudi yang terganggu wibawanya dihadapan UTUSAN TUHAN…Dengan berbagai ujian-ujian mereka kepada Kenabian YESUS, mereka menemukan momentum yang tepat ketika SANG NABI dengan OTORITAS KENABIANNYA mengobati manusia di hari SABAT…Ini momentum tuduhan kepada YESUS bahwa beliau melanggar SABAT..Seorang NABI tak mungkin melanggar HUKUM TUHAN…
Karena itu mereka meyakini Mukzizat YESUS adalah SIHIR..dan YESUS bukan NABI akan tetapi PENYIHIR..Karena itu mereka menuntut GUBERNUR YERUSALEM, Ponti Pilate, menghukum mati YESUS sesuai HUKUM TAURAT bagi PENYIHIR..

”Maka anak-anak Allah melihat bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil istri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka”
(Kejadian 6:2)

”Pada waktu itu orang-orang raksasa ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka.”
(Kejadian 6:4).

”Aku mau mencaritakan tentang ketetapan Tuhan: Ia berkata kepadaku: ”AnakKu engkau Engkau telah kuperankan pada hari ini.”
(Mazmur 2:7).

”Dengan mengais mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka; Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, dijalan yang rata, dimana mereka tidak akan tersandung sebab Aku talah menjadi bapa israel. Efraim adalah anak sulungku.”
(Jeremia 31:9).

”Anak Eros, anak Set, anak Adam, Anak Allah”
(Lukas 3:38).

”Semua orang yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah.”
(Roma 8:14)

”Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah”.
(Matius 5:9).

”Aku sendiri telah berfirman: ”Kamu adalah Alllah dan anak-anak yang Maha Tinggi kamu sekalian.”
(Mazmur 82:6).

Sumber: jalanibrahim.wordpress.com


Rabu, Februari 03, 2010



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
    Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
    (QS. ALI IMRAN:96)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ▼  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ▼  Februari (5)
        • Perkasakan Aqidah ASWJ
        • PENGUMUMAN : Talaqqi Kitab
        • Aqidah Hindu
        • Kepercayaan Sebenar Jesus Christ
        • Kiasan 'Anak Tuhan'
      • ►  Januari (8)
    • ►  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      3 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      11 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft