Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Bersempena peperiksaan akhir semester yang bermula pada 5 April 2010 ini, JKSK dengan sukacitanya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa di UTM khususnya dan di seluruh negara umumnya.
Hadapilah peperiksaan ini dengan senyuman keyakinan. Buangkan anggapan buruk, hilangkan tekanan, serapkan tenaga positif ke dalam diri agar sentiasa tenang di dewan peperiksaan insya Allah.
Ikhlaskan diri sewaktu mengulang kaji pelajaran. Menuntut ilmu biarlah kerana Allah, bukan kerana peperiksaan. Jangan lupa, sentiasa berserah diri kepada Allah, kerana daripada-Nyalah asal segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kembalinya segala sesuatu.
Pada kesempatan ini juga, JKSK ingin memohon maaf yang tidak terhingga banyaknya atas kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sepanjang semester ini dan semester-semester lalu, sama ada dengan sengaja mahupun tidak, dalam sedar mahupun leka. Kami juga manusia, tidak lekang daripada dosa. Insya Allah, pada semester akan datang, kami akan bekerja lebih kuat dalam memikul tanggungjawab berdakwah, menyebarkan kebenaran dan menyanggah kebatilan.
Semoga Allah memberkati usaha kita dalam medan ilmu ini dan berkenan mengurniakan kejayaan hakiki, tidak hanya di dunia, malah yang lebih penting di akhirat kelak.
Salam imtihan daripada JKSK.
Isnin, April 05, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)