KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
~baca selebihnya di sini
Isnin, Mei 31, 2010
Pada suatu masa, Khalifah Umar bin al-Khattab bertekad hendak menakluk kota Ubullah, sebuah kota berhampiran Basrah. Umar berkata, "Panggil Utbah bin Ghazwan untukku." Maka Utbah pun datang, lalu Umar menyerahkan panji pasukan yang berkekuatan tiga ratus orang lebih sedikit kepadanya sambil menjanjikan akan mengirimkan bantuan susulan jika boleh.
Setelah dilepaskan dan dinasihati khalifah, Utbah bin Ghazwan pun berangkat bersama pasukannya disertai beberapa orang wanita termasuklah isterinya dan isteri sebahagian tenteranya. Setelah jauh berjalan, mereka tiba di sebuah tanah yang banyak ditanami buluh tidak jauh dari Ubullah. Malangnya, saat itu mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.
Sudah namanya manusia, apabila lapar semua tergendala. Maka Utbah memberi arahan kepada orang-orangnya, "Carilah sesuatu dari bumi ini yang boleh kita makan."
Tanpa membuang masa, mereka pun pergilah mencari apa-apa yang boleh mengisi perut mereka.
Seorang daripada mereka meriwayatkan.
Apakala kami mencari sesuatu yang boleh kami makan, kami masuk ke sebuah hutan dengan pohon-pohon yang lebat, kami menemukan dua macam pohon, yang pertama adalah kurma, sedangkan yang kedua adalah biji-biji kecil yang terbungkus dengan kulit yang berwarna kekuning-kuningan. Kami memetik kedua-duanya dan membawanya ke markas pasukan. Seorang daripada kami melihat biji-bijian kecil tersebut, dia berkata, "Ini adalah racun yang dipasang oleh musuh. Jangan dekatinya." Maka kami memilih kurma dan menyantapnya.
Ketika kami sedang menyantap kurma, tiba-tiba seekor kuda kami yang terlepas dari kekangnya mendekati biji-biji kecil tersebut dan memakannya. Demi Allah kami hampir menyembelihnya sebelum ia mati untuk mengambil dagingnya. Namun pemiliknya mencegah kami. "Biarkannya. Malam ini aku akan mengawasinya. Jika aku berasa ia akan mati maka aku akan menyembelihnya."
Apabila sampai waktu pagi, kami melihat kuda tersebut sihat wal afiat tidak kurang sesuatu pun. Maka saudara perempuanku berkata kepadaku, "Saudaraku, aku pernah mendengar bapa berkata bahawa jika racun dipanaskan dengan api maka ia tidak berbahaya."
Kemudian saudara perempuanku itu mengambil sebahagian biji-bijian kecil tersebut dan meletakkannya di atas pinggan sebelum menyalakan api di bawahnya.
Tidak lama kemudian, saudara perempuanku memanggil, "Ke marilah kalian, lihatlah, warnanya berubah menjadi kemerah-merahan." Kemudian biji-bijian itu terbelah dan terpisah dari kulitnya dan meninggalkanbutir-butir berwarna putih.
Kami menghidangkannya untuk dimakan. Utbah berkata, "Sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah." Maka kami menyantapnya dan ternyata rasanya sangat nikmat. Kemudian kami mengetahui setelah itu bahawa biji-bijian tersebut bernama al-Aruz (beras).
Sumber: klik sini
Jumaat, Mei 21, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)