Pada slot yang pertama, Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan membentangkan kertas kerja berkenaan fahaman Syi'ah dari perspektif ahli sunnah wal jamaah.
Pada slot yang kedua di sebelah petang pula, Ustaz Nurazmallail Marni dari Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia akan membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Salah Faham Tentang Jihad Dalam Islam. Beliau akan menerangkan serba sedikit mengenai isu Jemaah Islamiah (JI) yang sedang berleluasa.
Sedikit perkongsian mengenai biodata pembentang kertas kerja:
2. Ustaz Nurazmallail bin Marni ialah pensyarah di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Mula berkhidmat di UTM sejak tahun 1999 di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (kini dikenali sebagai Fakulti Tamadun Islam). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah dan Pengajian Islam) (1998), dan Sijil Pembelajaran Bahasa Arab bagi Bukan Penutur Arab (Kelas Pertama/Mumtaz) (1994) dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, serta Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003). Beliau juga aktif dalam bidang penulisan khususnya bidang Tamadun Islam, antaranya seperti sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja bagi persidangan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Hasil karya pertama beliau (penulisan bersama) terbitan Penerbit UTM Press ialah Institusi Pengajian Syariah dan Sains Era Kegemilangan Tamadun Islam (2008).Datanglah beramai-ramai!
Sumber: JAKERIS MPMUTM


Promosi banner utk warga utm