skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

JKSK Mengutuk Serangan Israel Terhadap Aktivis Kemanusiaan Gaza

EXCO PENERBITAN, MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan

Oleh Mohamad Faiz bin Mohd Jamaluddin

SKUDAI, 1 Jun - Misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin kini terbantut apabila kapal Mavi Marmara diserang tentera laut Israel. Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera parah. Kapal tersebut merupakan kapal induk yang mengetuai konvoi 7 buah kapal membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang dizalimi rejim Israel.

Mavi Marmara, kapal Turki yang membawa lebih 540 orang termasuk 12 sukarelawan dan petugas media dari Malaysia (Astro Awani), masih berada di perairan antarabangsa apabila ia ditahan tentera laut Israel. Sepasukan tentera komando dilaporkan turun dari helikopter sebelum menyerang kumpulan aktivis yang tidak bersenjata itu. Wartawan televisyen Al-Aqsa Gaza sempat merakamkan video yang menunjukkan beberapa mangsa terbaring di dek akibat terkena tembakan.

Maklumat terkini mengatakan bahawa kapal Mavi Marmara telah dibawa ke Haifa sementara penumpangnya dihumban ke penjara.

Mengulas mengenai perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Saudara Kita UTM, Ahmad Razali bin Yusoff mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan biadab rejim Israel terhadap saudara se-Islam yang belayar di Laut Meditteranean membawa bantuan kepada penduduk Gaza.

"Saya mengutuk tindakan Israel atas dasar Islam sejagat," katanya sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang menaiki kapal Rachel Corrie, satu daripada enam buah kapal kecil yang menyertai konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, disahkan selamat setelah rombongan itu bertindak mengubah haluan dan memperlahankan pergerakan kapal.

Rakyat Malaysia terbabit merupakan tiga orang wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) berserta Ahli Parlimen Parit dan dua petugas media TV3. PGPO ialah sebuah pertubuhan untuk keamanan yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai organisasi yang mewakili ribuan mahasiswa Islam dan saudara baharu, Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK) turut berasa terpanggil untuk menyuarakan desakan kepada rejim zionis Israel supaya menghentikan perlakuan zalim terhadap umat Islam khasnya di Palestin dan membebaskan serta memohon maaf kepada aktivis kemanusiaan, petugas media dan anak-anak kapal Mavi Marmara yang ditahan tanpa diberi peluang membela diri.

JKSK juga memohon secara terbuka kepada pihak kerajaan Malaysia agar dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk peri laku biadab armada tentera laut Israel dan mengadakan rundingan dengan Tel Aviv untuk membebaskan mereka yang ditahan secara tidak adil dan kejam itu.


Akhir sekali, JKSK mengajak saudara se-Islam di seluruh dunia, terutamanya para mahasiswa, pensyarah dan warga Universiti Teknologi Malaysia, bermunajat dan berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla supaya menyelamatkan umat Islam yang sekian lama ditindas musuh akibat kealpaan mereka sendiri. Sama-samalah kita berdoa dan bekerja ke arah penyatuan umat dengan membuang segala anasir yang memecah belahkan kita selama ini. Sudah sampai masanya kita bersatu demi sebuah kebangkitan.

MOHAMAD FAIZ BIN MOHD JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Unit Penerbitan,
Jawatankuasa Saudara Kita,
Pusat Islam UTM.


Selasa, Jun 01, 2010



0 responses to "JKSK Mengutuk Serangan Israel Terhadap Aktivis Kemanusiaan Gaza"


Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Nuh menjawab: "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam".
    (QS. AL A'RAAF:61)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ▼  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ▼  Jun (2)
        • JKSK Sokong Usul Kecam Israel
        • JKSK Mengutuk Serangan Israel Terhadap Aktivis Kem...
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ►  Januari (8)
    • ►  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      3 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      10 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft