Jawatankuasa Saudara Kita menyokong kempen Seindah Akhlak Mahasiswa anjuran Jabatan Kerohanian dan Integrasi Sosial, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia.
Marilah sama-sama kita meriahkan majlis pelancaran kempen SALWA'10 yang akan dirasmikan oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam, Profesor Madya Dr. Hussin bin Salamon. Majlis pembudayaan ilmu ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran dua orang ahli panel yang akan berforum berkenaan isu pembuangan bayi, gejala sosial dan peranan kita (mahasiswa) dalam menangani masalah yang kian membarah ini.
Jom pergi! Masuk percuma!
Khamis, Julai 22, 2010
Latitude 3°48'39.81"N. Longitude 97°46'17.01"E. Eyealtitude 20 km.
Muat turun Google Earth di sini
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"
Surah Fussilat: 53
Surah Fussilat: 53
Ahad, Julai 18, 2010
Klik gambar untuk paparan lebih besar
Assalamu'alaikum warga kampus!
Anda semua dijemput hadir ke Seminar Pemantapan Aqidah (SPA-Q) yang bakal berlangsung pada 24 Julai 2010. Seminar ini akan membincangkan secara terperinci mengenai isu semasa berkaitan aqidah.
Pada slot yang pertama, Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan membentangkan kertas kerja berkenaan fahaman Syi'ah dari perspektif ahli sunnah wal jamaah.
Pada slot yang kedua di sebelah petang pula, Ustaz Nurazmallail Marni dari Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia akan membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Salah Faham Tentang Jihad Dalam Islam. Beliau akan menerangkan serba sedikit mengenai isu Jemaah Islamiah (JI) yang sedang berleluasa.
Sedikit perkongsian mengenai biodata pembentang kertas kerja:

1. Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder, Al-Aliya(Al-Azhar), S.P.I (UKMalaysia), PhD (Malaya) Associate Professor.
2. Ustaz Nurazmallail bin Marni ialah pensyarah di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Mula berkhidmat di UTM sejak tahun 1999 di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (kini dikenali sebagai Fakulti Tamadun Islam). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah dan Pengajian Islam) (1998), dan Sijil Pembelajaran Bahasa Arab bagi Bukan Penutur Arab (Kelas Pertama/Mumtaz) (1994) dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, serta Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003). Beliau juga aktif dalam bidang penulisan khususnya bidang Tamadun Islam, antaranya seperti sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja bagi persidangan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Hasil karya pertama beliau (penulisan bersama) terbitan Penerbit UTM Press ialah Institusi Pengajian Syariah dan Sains Era Kegemilangan Tamadun Islam (2008).
Datanglah beramai-ramai!
Sumber: JAKERIS MPMUTM
Ahad, Julai 18, 2010
Klik gambar untuk paparan lebih besar
Pusat Islam juga menyediakan bantuan zakat kepada mahasiswa/i yang layak. Untuk maklumat lanjut, sila ke Pejabat Pusat Islam di aras bawah Masjid Sultan Ismail UTM.
Sabtu, Julai 17, 2010
Klik pada gambar untuk imej lebih besar.
Sekiranya berminat, hubungi nombor yang tertera pada banner. Tiket bagi dewasa = RM 5; pelajar sekolah = RM 2 sahaja.
Jumaat, Julai 09, 2010
Bekas juara tinju heavyweight dunia ini memang garang di gelanggang perlawanan. Beliau tidak gentar berhadapan dengan sesiapa pun, malah lawannya yang harus menggigil ketakutan apabila bertarung dengannya.
Namun, di Raudhah, Masjid Nabawi, air matanya tertumpah. Beliau tertunduk. Terharu mengenangkan nikmat Allah yang membawanya ke satu daripada taman-taman syurga. Sungguh, ini lebih mengujakan berbanding pengalamannya bertahun-tahun membelasah petinju di seluruh dunia!
Inilah pengalaman spiritual Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah baru-baru ini. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama Jumaat lalu, 2 Julai 2010.
Selama di Madinah, beliau bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam Madinah, yang menjelaskan kepadanya tentang segala kemudahan yang diberikan pihak universiti kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.

Sesi diskusi Mike Tyson bersama Dr. Muhammad Al-Uqala, rektor Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi diatur oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA) yang banyak menaja selebriti Saudara Kita berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan rukun Islam selain mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi.
Shahzad Muhammad, Presiden CDA, yang juga merupakan duta keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, mengatakan bahawa Tyson akan berada di Saudi selama satu bulan. Beliau akan mengunjungi tempat-tempat suci dan tempat penting yang lain, serta bertemu dengan orang-orang Saudi untuk lebih mengenali kebudayaan dan tradisi setempat.
Tinggal di sebuah hotel berdekatan Masjid Nabawi, Tyson nyata menjadi tumpuan peminat yang tidak melepaskan peluang menatap wajahnya dari dekat dan mengambil gambarnya meskipun terpaksa menanti berjam-jam. Sambutan yang agak luar biasa ini memaksanya menggunakan khidmat pengawal keselamatan sewaktu berjalan ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur.
Tyson cuba mengelak dikenali peminat dengan memakai kopiah, namun gagal.
"Saya suka mempunyai peminat yang menyayangi saya di Arab Saudi. Namun, saya berharap mereka membiarkan saya sendirian untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci," ujar Tyson ketika berada masjid kedua paling utama umat Islam itu.
Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW di makam baginda di Masjid Nabawi. “Beliau menangis lebih setengah jam ketika berdiri di hadapan makam Nabi sambil mengangkat tangannya," kata Shahzad sewaktu mengulas kunjungan Tyson ke Raudhah.
“Tyson terus berada di kawasan Raudhah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambahnya.
Ketika disoal pemberita tentang perasaannya di sana, Tyson berkata, "Saya tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di satu daripada taman-taman syurga.”

Tyson mengenakan ihram untuk mengerjakan umrah.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba dan Masjid Qiblatain (dua kiblat). Selepas ziarah di Madinah, Tyson menukar pakaian ihram sebelum ke Makkah untuk melaksanakan umrah. Selesai umrah, beliau akan berkunjung pula ke Jeddah, Abha dan Riyadh.
Tyson yang nama sebenarnya Michael Gerard Tyson lahir di New York, Amerika Syarikat pada 30 Jun 1966. Beliau memeluk Islam ketika di dalam penjara di Indiana pada pertengahan tahun 1990 selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam. Beliau kemudiannya mengumumkan ke-Islamannya secara rasmi setelah dibebaskan pada tahun 1995 dengan memakai nama Islam, Malik Abdul Aziz. Semoga Allah istiqamahkan beliau di jalan yang lurus. Lelaki perkasa seperti beliau amat tinggi nilainya pada umat Islam.

Selasa, Julai 06, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)