Masjid Al-Aqsa
Hari Al-Quds (atau Hari Al-Aqsa) merujuk kepada peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit.
Masjid Al-Aqsa dibakar oleh penyembah Iblis dan Dajjal.
Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman).
Bahagian masjid yang terjejas akibat kebakaran.
Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa zionis Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman.
Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.
Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967.
Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam.
Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Secretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.
Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut. Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB.
Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.
Dipetik daripada teks khutbah Jumaat Negeri Selangor.
Hari Memperingati Al-Aqsa
Saudara-saudari yang dimuliakan.
Mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia yang prihatin.
Bersempena dengan Hari Al-Quds, marilah sama-sama kita pakai pakaian hitam pada hari Jumaat, 20 Ogos 2010. Biar satu dewan kuliah nampak suram. Suram kerana kita semua sedang berkabung.
Berkabung dengan kematian semangat juang umat Islam sebagai umat yang SATU.
Pakailah baju hitam, seluar hitam, tudung hitam, kopiah hitam, samping hitam, jubah hitam, serban hitam, atau apa-apa saja pakaian yang menampakkan warna hitam dengan dominan sekali.
Pakailah. Mari tunjukkan semangat kita sebagai masyarakat dunia. Tak kira agama apa, bangsa apa, yang penting kita semua mesti bersatu menentang kekejaman Zionis laknatullahi 'alaihim.
Tunjukkan kepada mereka di luar sana bahawa kita sememangnya mampu bersatu. Tunjukkan! Biar mereka takut dengan gerakan hitam mahasiswa UTM.
Ayuh! Bukan susah pun nak pakai pakaian hitam. Kita mesti hitamkan bumi UTM ini dengan komitmen kita, hanya untuk satu hari. Inilah yang kita mampu buat selain menderma wang dan barang-barang keperluan.
Dan, janganlah lupa untuk berdoa kepada Allah, semoga Al-Quds MERDEKA dalam erti kata yang sebenar.
Yakinilah, Al-Quds akan MERDEKA suatu hari nanti.
Tunggu masa saja.
Allah telah mentakdirkannya.
Dan Dialah yang akan melaksanakannya.
Rabu, Ogos 18, 2010
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, juga Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.
Nampaknya kita berpeluang untuk berbuka mewah secara percuma!!
Program Jelajah Sahabat YADIM 1 Malaysia
Rabu, 18 Ogos 2010 di Masjid Sultan Ismail
Acara:
Kacau bubur lambuk (bermula jam 5 petang)
Berbuka puasa (nasi beriyani!!)
Tazkirah khas YADIM
Penyerahan sumbangan YADIM
Anjuran:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
dan Pusat Islam UTM
SEMUA mahasiswa dan staf UTM dijemput hadir.
Rezeki jangan ditolak......
Selasa, Ogos 17, 2010
Timothy John Winter
Sumber: Republika
''Islam adalah agama yang besar dan sentiasa melahirkan peradaban besar.'' Demikian dikatakan Timothy John Winter, seorang pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi Universiti Cambridge, dalam sebuah wawancara dengan John Cleary, wartawan radio ABC, England, pada musim sejuk, April 2004.
Menurut Timothy, peradaban besar yang dihasilkan Islam menyebar dari Timur Tengah ke pelbagai penjuru dunia. ''Lihatlah Alhambra di Sepanyol, Taj Mahal di India dan lain-lain. Semuanya merupakan satu daripada peradaban Islam dalam dunia arkitektur,'' ujarnya.
Tim menjelaskan, Islam memiliki pelbagai ragam tradisi yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara yang lain, termasuklah dalam memberikan pujian untuk Allah dan Nabi Muhammad SAW. Misalnya, menurut beliau, tradisi Islam di Afrika berbeza dengan tradisi Islam di Turki, Uzbekistan, Melayu, Bosnia dan lain-lain. Namun, semua itu menggambarkan satu peradaban. ''Islam bersumber dari satu dan pelbagai ragam tradisi itu untuk satu tujuan, yakni Allah. Mereka semua menghadapkan diri ke satu tempat saat berdoa dan sujud, yakni ke arah Makkah yang menjadi kiblat semua umat Islam di seluruh dunia,'' jelasnya.
Itulah yang merintis perkenalan Tim Winter menjadi seorang Muslim. Beliau bercerita, selama beberapa tahun tinggal di Kaherah, beliau menyaksikan kebiasaan masyarakatnya yang selalu mendengarkan radio. Hampir 24 jam, kata Tim, mereka mendengar radio. Pada kesempatan lain, mereka melakukan rutin sesuai dengan agama yang mereka yakini. Mereka solat dan mendengar Al-Quran. ''Dari sinilah, saya mulai memahami kebiasaan orang Islam, yang menurut saya, itu adalah sesuatu yang logik dan benar,'' terangnya.
Dari kebiasaan itu, lanjutnya, mulailah timbul keinginan Tim untuk mempelajari agama yang dianut majoriti penduduk Mesir. Beliau juga mencuba membandingkan ajaran agama Islam dengan ajaran yang telah dianutnya ketika itu, iaitu Kristian Katolik. ''Lama-kelamaan, saya berasa ada sesuatu yang berbeza antara yang saya pelajari dalam agama saya dengan keyakinan masyarakat itu,'' kata peminat muzik Turki ini.
Sesuatu yang berbeza itu, lanjut Tim, adalah masalah keyakinan keagamaan. ''Dalam agama yang saya anuti sebelumnya, kami mengenal adanya Tritunggal (Tuhan Bapa, Anak, dan Roh Kudus). Dari sini, saya menyedari, mengapa Christ merelakan dirinya untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan orang lain kalau hanya untuk menyelamatkan umatnya ketika itu.''
Padahal, lanjut Tim, semua manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah). Mereka tidak berdosa. Lalu, mengapa ada orang yang harus merelakan dirinya untuk menjadi 'penebus dosa' itu. ''Jika memang demikian kebenarannya, jahat benar Tuhan itu sampai harus anaknya yang menjadi penebus dosa orang lain,'' tegasnya.
Dari sinilah, kata Tim, beliau semakin menyedari bahawa ada 'kekeliruan' yang disengajakan. ''Saya menjadi seorang Muslim bukan karena ajakan, tetapi saya berfikir dan melakukan introspeksi. Saya tidak ingin sekadar menjadi pengikut. Saya harus membuktikannya dan mencari kebenarannya sebab saya diberikan akal untuk berfikir,'' tegasnya lagi.
Menurut Tim, penjelasan Al-Quran tentang Jesus jauh lebih tepat dan dapat dipercayai, termasuk tentang dosa asal. ''Bagi saya, Jesus hanyalah seorang guru dalam agama Yahudi, yang membawa pesan kedamaian daripada Allah untuk umat manusia, sebagaimana tertulis dalam Al-Kitab (Bible) Ibrani,'' terangnya.
Saat disinggung mengenai sejumlah oknum umat Islam yang melakukan tindakan kekerasan dan terorisme, Tim menyatakan bahawa tindakan kekerasan tidak hanya dilakukan oleh umat Islam, tetapi juga boleh dilakukan oleh oknum umat agama lain. ''Kita juga boleh menyaksikan, bagaimana di Pentagon, antara kelompok yang satu dengan kelompok yang lain dalam agama yang sama mempunyai sikap berbeza dalam melihat kekerasan dan pelakunya,'' ujarnya.
Bahkan, lanjut Tim, kekerasan biasanya timbul dan dilakukan oleh suatu kelompok tertentu kerana mereka berasa terdesak dan karena harga diri mereka diinjak-injak. ''Apabila kita semua mahu menyedari dan melihat akar masalah yang sebenarnya, tentu sikap kekerasan yang muncul kerana ada latar belakangnya,'' ujar pemilik nama Muslim, Abdal Hakim Murad ini.
Tim menegaskan, Islam dan seluruh agama apa pun di dunia ini tidak mengajarkan umatnya untuk bertindak kejam. Apalagi sampai melakukan tindakan yang mengakibatkan hilangnya nyawa orang lain. ''Islam itu agama yang damai dan tidak pernah mengajarkan kekerasan,'' tegasnya.

Biodata Saudara Kita
Nama asal: Timothy John Winter
Nama Muslim: Abdal Hakim Murad
Lahir: London, 1960
Pekerjaan: Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Cambridge
Jawatan: Secretary of the Muslim Academic Trust and Islamic Scholar (London)
Isnin, Ogos 16, 2010
"Kalau kamu kata Bible itu banyak percanggahan,
nah sila tunjuk mana percanggahannya?"
Apa kita nak jawab kalau tak ada ilmu?
Oleh itu, marilah kawan-kawan,
hadirlah ke
Comparative Religion Sharing
pada 22 dan 29 Ogos 2010
di dewan Kolej Rahman Putra
jam 8 pagi.
Makanan tidak disediakan. Masuk percuma. Iklan pun percuma.
Dapat saham lagi di akhirat, insya Allah.
Yang akan berkongsi:
Sdr. Muhammad Jaysuman bin Puspanathan (mahasiswa sarjana tahun akhir) dan saudara-saudara kita yang lain, insya Allah.
Pembentangan dibantu dengan:
Persembahan slaid yang sangat menarik, ala-ala 'mini ESQ'.
Rugilah siapa-siapa yang tak pergi walaupun sekali.
Jom! Ajaklah kawan-kawan anda ke majlis ilmu pada bulan yang penuh berkat ini.
Yang bukan muslim pun dialu-alukan untuk memperoleh pengetahuan berkenaan agama Islam dan agama-agama lain.
Dianjurkan bersama oleh:
Kelab Saudara Kita
dan
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra
Kalau nak lihat sendiri percanggahan dalam Bible,
datanglah dengan niat menuntut ilmu kerana Allah.
Isnin, Ogos 16, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)