Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada pembaca sekalian. Sedikit tatapan dari Dianah Sakinah keluaran yang lalu, dimana kami ini membawa anda menyelusuri konteks sebenar seorang muallaf.
Istilah saudara baru, muallaf dan saudara Muslim selalu digunakan untuk merujuk orang yang baru memeluk Islam dan baru
bertatih untuk memulakan penghidupan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Istimewanya muallaf ialah kerana mereka termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat dan disebalik mengucap dua kalimah syahadah, keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.
Muallaf bermakna orang yang lembut hatinya menerima Islam. Bagaimanapun, ia cuma untuk urusan rasmi kerana secara umumnya kita menggunakan istilah saudara Muslim untuk menggambarkan golo-
ngan muallaf. Istilah muallaf dikekalkan kerana ia terdapat dalam enakmen negeri dan jika istilah itu ditukar, ia akan membabitkan pindaan enakmen.
Namun persoalan yang timbul, lama manakah tempoh istilah itu wajar digunakan. Adakah relevan menggunakan istilah saudara baru atau muallaf untuk merujuk kepada mereka yang sudah berpuluh tahun memeluk Islam? Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat urf (adat) semata-mata. Namun ada sesetengah negeri seperti Selangor yang menghadkan istilah muallaf sehingga lima tahun selepas memeluk Islam.
Ia mungkin kelihatan remeh, tetapi penerimaan masyarakat sendiri terhadap golongan itu tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Islam sebaliknya menyuruh saudara baru dibantu dan diberikan kemudahan untuk menjalani hidup sebagai seorang Islam.
Sepatutnya, kehadiran mereka perlu diterima dengan hati terbuka dan rasa gembira oleh umat Islam lain. Keturunan dan perbezaan latar belakang tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meletakkan mereka ke dalam kelas tersendiri. Dan umat Islam juga perlu memberi sokongan untuk membantu saudara baru membina keyakinan diri dan kekuatan diri untuk menghadapi cabaran hidup yang jauh berbeza daripada kehidupan terdahulu. Bukan dengan pandangan serong terhadap mereka yang baru memeluk Islam menyebabkan mereka berasa kehadiran tidak diperlukan dan dialu-alukan. Sedangkan dalam Islam, tidak sepatutnya wujud perbezaan antara baru atau lama, siapakah ibu bapa dan asalnya.
Bagi menghapuskan semua prasangka terhadap golongan saudara Muslim, mereka perlu menunjukkan niat yang betul selepas memeluk Islam. Ini berikutan, kepentingan niat yang jelas memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam. Perlunya ada keikhlasan untuk menjalani kehidupan serba baru kera- na yang penting ialah kesediaan menerima cara hidup baru dan mengubah tabiat lama yang bertentangan dengan Islam. Saudara Muslim juga tidak perlu berasa rendah diri, apatah lagi mempunyai anggapan negatif terhadap kedudukan dan statusnya. Pedulikan pandangan dan kata orang kerana yang penting ialah apa Islam kata dan yang diperoleh selepas menjadi Muslim.
Moral: Dijaga kebajikan dari segi rohani iaitu menjaga akidah
Sosial:
· Babitkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan
· Menerima saudara baru seperti saudara sendiri