skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

Jesus Menyanggah Dosa Warisan

GENERAL 0 ulasan

Entri sebelum ini membincangkan tentang doktrin pemberontakan malaikat dalam ajaran agama Kristian. Para malaikat dikatakan telah berperang sesama sendiri dan akhirnya kemenangan berpihak pada pasukan malaikat yang taat kepada tuhan.

Apakah signifikannya kisah tersebut?

Menurut kepercayaan Kristian, akibat perderhakaan malaikat itulah, tuhan mencipta manusia pertama yang dinamakan sebagai Adam. Pada mulanya, dia ditempatkan di dalam Eden Garden (Taman Syurga). Di sana, ada sebatang pohon yang dikenali sebagai Tree of the Knowledge of Good and Evil atau Pohon Pengetahuan Baik dan Jahat. Adam telah dilarang daripada memakan pohon tersebut, namun dia ingkar. Iblis yang tadinya tewas di tangan Mikail telah berjaya membuatkan Adam berdosa kepada tuhan. (Lihat Kitab Genesis Bab 3).

Akibat termakan hasutan Iblis, Adam dihukum sebagai seorang yang berdosa, dan dosanya turut terpaksa ditanggung oleh keturunannya sampai hari kiamat.

Apa benar begitu?

"When Adam sinned, sin entered the human race. Adam's sin brought death, so death spread to everyone, for everyone sinned."
Kitab Romans 5:12 [New Living Translation, Illinois, 1996]

Berdasarkan ayat tersebut, dosa Adam dikatakan telah membawa maut. Maknanya, maut datang kepada Adam oleh sebab dia telah berdosa. Maut juga datang kepada semua manusia kerana dosa Adam diwariskan kepada keturunannya. Kalau difikirkan dengan akal singkat, perkara ini memang nampak logik. Hukumnya sama seperti gene. Kalau si ayah mempunyai gene albino, maka anaknya juga mewarisi gene tersebut. Beginilah rupa-rupanya orang Kristian diperdaya.

Dengan siapakah penganut Kristian terperdaya?

Jawapannya berbalik kepada sumber ayat tadi, yakni Kitab Romans. Kitab itu dikarang oleh St. Paul of Tarsus. Dialah yang dipercayai sebagai wasi Jesus. Oleh sebab itu, penganut Kristian mempercayai kitab tersebut sebagai antara kitab suci.

Pernahkah Jesus menyebut tentang dosa warisan?

Tidak pernah. Malahan ungkapan Jesus sendiri bertentangan dengan perkataan St. Paul.

"Some children were brought to Jesus so he could lay his hands on them and pray for them. The disciple told them not to bother him. But Jesus said,"Let the children come to me. Don't stop them! For the Kingdom of Heaven belongs to such as these." And he put his hands on their heads and blessed them before he left."
Kitab Matthew 19: 13-15 [New Living Translation, Illinois, 1996]

Berdasarkan cerita tersebut, jelas bahawa kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa, kerana itulah mereka mempunyai Kerajaan Syurga. Masakan pemilik Kerajaan Syurga ialah orang yang berdosa?

"It is not the healthy who need a doctor, but the sick. I have not come to call the righteous, but sinners."
Kitab Mark 2:17 [New International Version, Michigan, 2001]

Ayat tersebut merupakan sabdaan Jesus yang jelas menunjukkan masih ada orang baik dan benar di samping pelaku maksiat.

"Neither this man nor his parents sin, said Jesus, but this happened so that the work of God might be displayed in his life."
Kitab John 9:2-3 [New International Version, Michigan, 2001]

Ayat ini adalah jawapan Jesus kepada muridnya. Pada suatu ketika, murid Jesus bertanya - mengapa seseorang itu dilahirkan buta? Adakah kerana dosa ibu bapanya? Maka Jesus pun menjawab sebagaimana ayat tadi. Jadi jelaslah bahawa dosa ibu bapa tidak memberi kesan kepada anak-anak. Adapun kecacatan adalah sebagai ujian tuhan.

Kitab-kitab yang dinyatakan sebelum ini ialah Perjanjian Baharu atau New Testament. Bagaimana pula dengan Old Testament?

"The one who sins is the one who dies. The child will not punished for the parent's sin, and the parent will not be punished for the child's sins. Righteous people will be rewarded for their own goodness, and wicked people will be punished for their own wickedness."
Kitab Ezekial 18:20 [New Living Translation, Illinois, 1996]

Nah, tidakkah sudah jelas di mata anda bahawa tidak ada dosa warisan dalam ajaran Jesus yang sebenar? Hanya selepas peristiwa penyaliban, barulah St. Paul atau nama asalnya Saul mendakwa-dakwi tentang wujudnya dosa warisan. Persoalan - yang mana satukah lebih patut diikuti? Sabdaan Jesus atau kata-kata St. Paul? Andai kata Jesus itu tuhan, manakala St. Paul ialah perantara antara Jesus dengan manusia, adakah si perantara layak memperkatakan sesuatu yang tidak pernah disebut malah disangkal pula oleh sang tuhan?

Demikianlah hujah buat penganut Kristian yang berpegang kuat dengan doktrin dosa warisan.

Kesimpulan

TERBUKTI DALAM BIBLE SENDIRI, PADA PERJANJIAN LAMA DAN BAHARU, TIDAK ADA SEORANG MANUSIA PUN YANG MEWARISI DOSA IBU BAPANYA. SETIAP ORANG MENANGGUNG AKIBAT ATAS PERBUATANNYA SENDIRI DAN BUKAN PERBUATAN ORANG LAIN.

TERBUKTI JUGA ST. PAUL OF TARSUS TELAH MEMBAWA AGAMA BAHARU DAN MENOKOK TAMBAH AJARAN JESUS. MAKA, AJARAN KRISTIAN YANG DIANUTI PADA HARI INI ADALAH SEBENARNYA AJARAN ST. PAUL, BUKANNYA AJARAN JESUS YANG ASLI.

ADALAH TIDAK WAJAR TERDAPAT PERCANGGAHAN DALAM KITAB SUCI KERANA SUMBERNYA ADALAH SATU, IAITU TUHAN. TETAPI BIBLE YANG DIKATAKAN SUCI ITU JELAS MEMPUNYAI PERCANGGAHAN.

Entri ini bukan bertujuan menimbulkan kemarahan kepada penganut Kristian, tetapi menyedarkan mereka tentang kepalsuan ajaran yang sekian lama dianuti. Andai mereka benar-benar mencintai Jesus, maka sewajarnyalah mereka mencari bukti dan mengkaji tentang agama Kristian - adakah ianya asli daripada Jesus atau telah dicemari tangan-tangan kotor orang yang mengaku sebagai wali tuhan. Wallahu a'lam.

* Disuap ke Facebook daripada http://jkskutm.blogspot.com


Khamis, Januari 21, 2010



0 responses to "Jesus Menyanggah Dosa Warisan"


Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
    (QS. AL ANFAAL:10)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ▼  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ▼  Januari (8)
        • Bakar Balik
        • Jesus Menyanggah Dosa Warisan
        • Pemberontakan Malaikat
        • Wacana Pemikiran Najdiyyun
        • Free Tak Pukul 5 Ni?
        • Forum Isu Semasa
        • PROGRAM 'INTERFAITH DIALOGUE : PEACE & HAPPINESS' ...
        • Kenali JKSK
    • ►  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      3 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      11 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft