skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

Pemberontakan Malaikat

GENERAL 0 ulasan

Pernahkah malaikat memberontak? Kita yang muslim pasti menjawab 'tidak'.

Bagaimana pula bagi penganut Kristian? Mari kita lihat catatan dalam Bible (terjemahan Lembaga al-Kitab Indonesia).

"Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar... Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah... Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Maha Tinggi."
Kitab Isaiah 14:12

[Bible terjemahan Indonesia menggunakan kalimah Allah sebagai tafsiran bagi 'God']

"Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit lalu melemparkannya ke atas bumi."
Kitab Revelation 12:4

Ayat-ayat di atas menceritakan perihal sepertiga daripada keseluruhan malaikat yang dicipta, menderhaka dan melancarkan pemberontakan terhadap tuhan. Pemberontakan tersebut diketuai oleh malaikat bernama Lucifer (Iblis).

Akibat penderhakaan itu, berlakulah peperangan besar di langit antara malaikat yang masih taat dengan malaikat yang derhaka.

"Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya."
Kitab Revelation 12:7-9

Tentera Mikail lawan tentera Iblis. Yang menang ialah pasukan malaikat yang taat kepada tuhan. Iblis dan konco-konconya pula menerima nasib malang apabila dilemparkan ke bumi.

Perspektif Islam

Islam menolak sekeras-kerasnya doktrin penderhakaan malaikat.

"Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Al-Quran, surah al-Tahrim ayat 6)

Berdasarkan firman Allah 'Azza wa Jalla, semua malaikat yang dicipta-Nya tidak pernah dan tidak akan pernah menderhaka kepada-Nya, apatah lagi melancarkan pemberontakan dan berperang sesama sendiri.

Yang pernah menderhaka kepada Allah hanyalah Iblis dan para syaitan. Adapun Iblis, dia bukanlah malaikat. Bukankah malaikat itu dicipta daripada nur, sedangkan Iblis mendabik dada dengan kejadiannya daripada api? Maka bagaimanakah kita hendak mengatakan bahawa Iblis itu sebahagian daripada malaikat?

Ya, suatu masa dahulu Iblis berada pada kedudukan yang tinggi di sisi malaikat, namun tidaklah bermakna Iblis itu juga malaikat. Iblis adalah daripada golongan jin yang kejadiannya berbeza langsung dengan malaikat. Allah menjadikan malaikat dengan sifat taat, manakala Iblis ditambahi sifat takbur dan dengki, sesuai sekali dengan asal kejadiannya yakni api. Maka tidak hairanlah Iblis menderhaka perintah Allah supaya sujud kepada Adam a.s.

"Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam. Lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan dan takbur, dan dia termasuk golongan yang kafir."
Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 34

Perlukah kita ambil tahu semua ini?

Sudah tentu! Kalau nak berdakwah kepada non-muslim, kenalah tahu terlebih dahulu tentang fahaman mereka. Kalau tidak, kita takkan faham konsep pemikiran mereka, maka susahlah mereka nak terima dakwah dan hujah yang kita bawa. Wallahu a'lam.

* Disuap ke Facebook daripada http://jkskutm.blogspot.com


Rabu, Januari 20, 2010



0 responses to "Pemberontakan Malaikat"


Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Syuaib menjawab:" Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. "
    (QS. HUD:92)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ▼  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ▼  Januari (8)
        • Bakar Balik
        • Jesus Menyanggah Dosa Warisan
        • Pemberontakan Malaikat
        • Wacana Pemikiran Najdiyyun
        • Free Tak Pukul 5 Ni?
        • Forum Isu Semasa
        • PROGRAM 'INTERFAITH DIALOGUE : PEACE & HAPPINESS' ...
        • Kenali JKSK
    • ►  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      3 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      11 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft