Assalamualaikum wmt. wbt.
Alhamdulillah pada hari Ahad yang lalu, bersamaan 19 Julai 2009,satu majlis iaitu Born of Love berjaya diadakan. Hampir 50 orang ahli JKSK telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini diadakan sempena menyambut kedatangan ahli-ahli baru, kebanyakan ahli-ahli baru adalah pelajar Tahun 1 yang baru memulakan sesi pengajian termasuk juga pelajar-pelajar dari Universiti lain yang memasuki program pertukaran pelajar.
Majlis diserikan dengan kehadiran Saudara Kita (SK) yang baru memulakan pengajiannya iaitu Saudari Syafiqah. Pembukaan majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran dari seorang Qari diikuti ucapan dari pengarah program Saudara Razali, perkongsian bersama Saudara Muhajirih, ucapan dari pengerusi JKSK Saudara Hazwan dan pengenalan kepada JKSK yang disampaikan oleh Saudara Yusuf selaku Timbalan Pengerusi 1.
Seusai majlis, sedikit jamuan disediakan. Alhamdulillah sekali lagi, dengan berhempas pulas akibat dari pelbagai rintangan yang datang, akhirnya majlis ini dapat diadakan. Disini kita ditarbiyah dimana, sesuatu perkara yang baik itu, kalau hendak diadakan sangatlah susah jika hendak dibandingkan dengan perkara-perkara yang kurang baik. Disitulah terletaknya keberkatannya. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, jangan kita mengeluh jika usaha kita tidak mencapai kepuasan yang kita kehendaki, asal saja redha Allah bersama, kerana Allah tidak memandang kepada hasil, tapi memandang kepada usaha. Oleh itu, betulkan niat kita dalam apa jua tindakan, semoga ia dipandang sebagai ibadah disisi Allah S.W.T. Wallahu'alam.
0 responses to "Alhamdulillah, Born of Love berjalan dengan lancar"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)