skip to main | skip to sidebar
Kelab Saudara Kita
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
RSS
  • Laman Utama
  • Daftar Online
  • Pusat Islam UTM

Tinta Pengerusi JKSK

MAJLIS EKSEKUTIF 0 ulasan






MOHD HAZWAN BIN HASSIM
PENGERUSI JKSK
4 SMK







Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi menemukan kita semua ke semester baru 2009/2010 bagi meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah di bumi UTM. Selamat kembali dan selamat bertemu semula. Dan kepada adik-adik yang baru mendaftar selamat datang ke UTM, gunakanlah segala peluang yang ada di sini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman ikhlas demi Islam.

Permulaan baru sentiasa menuntut azam baru untuk pencapaian yang lebih baik daripada sebelum ini. Itulah yang sentiasa diharapkan apabila masuknya tahun baru, semester baru, atau masa-masa baru hatta melalui hari yang baru. Memperbaharui azam akan meningkatkan semangat yang berkobar-kobar untuk mencapainya.

Islam sentiasa mengajar untuk kita mengulang-ulang niat dan ikrar supaya kita tidak hanyut oleh cabaraan dan godaan yang sentiasa mendatang. Sekaligus menjadikan umat Islam berada di jalan Allah sepanjang masa.

Seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, “Perbaharuilah iman kamu”, sahabat bertanya, “Bagaimanakah memperbaharui iman kami?” Rasulullah menjawab, “Ucapkanlah La ilaha iLlah” . Cantiknya hadith ini iaitu menuntut kita supaya sentiasa memperbaharui serta mengingati lafaz janji dan azam supaya kita tidak lari daripada jalan perjuangan yang kita lalui.

Namun apa yang diperkatakan oleh kebanyakan mahasiswa-mahasiswi hari ini tidak lebih dari peribahasa yang berbunyi ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sehinggakan ianya tidak memberikan apa-apa makna dan apa yang dicapai pun tidak mampu memberikan impak yang lebih baik berbanding sebelum ini. Walaupun cemerlang tetapi amat sedikit yang mampu menyumbang kepada Islam. Yang selebihnya hilang dek godaan dunia semata-mata.

Sebagai iktibar ialah apa yang sentiasa dilakukan oleh orang kedua terkaya di dunia, Warren Buffett, yang saban tahun akan menghantar surat kepada setiap ketua eksekutif syarikatnya mengingatkan tentang misi syarikat. Apa yang lagi menarik ialah beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikatnya. Dengan hanya menghantar surat mengingatkan tentang misi syarikat, beliau mampu memberi perangsang dan motivasi kepada ketua-ketua eksekutifnya sehingga mampu menjadi orang kedua terkaya di dunia selepas Bill Gate dengan aset yang tidak kurang daripada 30 bilion US Dolar.

Memperbaharui azam bukanlah beerti membina azam lain, tetapi mengingatkan kembali apa yang ingin dicapai di dalam perjuangan ini. Begitulah yang sepatutnya dilakukan seorang pejuang dakwah. Bukan sekadar mengungkapkannya namun mengalir di dalam diri sebagai darah perjuangan Islam. Sentiasa berkobar-kobar bagaikan api yang marak dan tak dapat dipadamkan.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah An Nisaa’ ayat 84 yang bermaksud:

“Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).”

Azam yang baik memerlukan perancangan yang rapi melalui kefahaman yang mendalam. Seringkali terjadi ramai di kalangan para muda mudi yang belajar tanpa memahami apa yang patut dilakukan. Lebih teruk lagi tiada adab-adab belajar yang diamalkan dan tidak ikhlas semasa belajar. Jika diamati betul-betul para ilmuan, terserlah betapa mereka benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Inilah rahsia ilmuan barat yang tidak pernah main-main dengan ilmu sehingga mereka mampu menguasai dunia dan menindas umat Islam yang mundur.

Sahabat seperjuangan yang saya kasihi, tahniah kepada yang telah mendapat keputusan cemerlang pada semester lepas. Teruskan kecemerlangan demi Islam tercinta. Begitu pula dengan yang kurang cemerlang masih ada masa lagi, ambillah peluang ini untuk membuktikan orang Islam sentiasa boleh.

Ayuh, jangan dibiarkan masa berlalu tanpa memberi manfaat kepada Islam, “Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam”. Kita sebagai pendokong Islam yang tinggi tidak sepatutnya ditindas ke tempat yang rendah.

Tanggungjawab mengembangkan Islam terletak di atas bahu kita semua. Maka tidak seharusnya akademik dan urusan keduniaan yang lain menjadi alasan untuk kita tidak korbankan sedikit masa, buah fikiran, tenaga dan harta untuk menggerakkan dakwah menarik orang kepada Islam.

Selagi mana masih ada orang yang menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar, selagi itulah Allah tidak akan menurunkan bala kepada sesuatu kaum. Amat berat ancaman ini bagi orang yang benar-benar ikhlas dalam beragama. Inilah satu-satunya jalan kejayaan, iaitu meletakkan diri sebagai penggerak agama Allah.

Dengan azam baru, dilengkapi perancangan yang rapi, kefahaman yang tinggi dan disusuri ksungguhan serta keikhlasan InsyaAllah kita gerakkan dakwah di bawah wadah JKSK untuk memperkenalkan Islam kepada yang belum mengenali sekaligus mengajak mereka untuk berintima dengan Islam. Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allah taala di dalam Surah Ali Imran ayat ke 110 yang bermaksud:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Sebelum menutup bicara, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan sahabat-sahabat yang ikhlas, cekal dan setia bersama-sama mengharungi dunia perjuangan yang penuh mencabar ini. Sama ada yang lama ataupun yang baru. Sekali lagi mengingatkan, jadilah seorang penuntut ilmu yang ikhlas sehingga menjadi seorang ilmuan Islam di dalam bidang yang diceburi. Saya tutup dengan satu hadith yang lebih kurang maksudnya, “Islam itu ditentang dari semua arah, jangan biarkan Islam diserang dari arah kamu.”

Sekadar itu sahaja, segala yang baik daripada Allah, yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri ini, harap dimaafkan dan salah silap minta ditegur dan diperbetulkan. Wallahuta’ala a’lam. Wassalam.

Mohd Hazwan Bin Hassim


Jumaat, Julai 17, 2009



0 responses to "Tinta Pengerusi JKSK"


Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Kaum Aad pun telah mendustakan (pula). Maka alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku.
    (QS. AL-QAMAR:18)

    Kelab Saudara Kita (KSK) merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Pusat Islam UTM, berperanan penting dalam aktiviti dakwah Islamiyah khususnya kepada bukan Muslim. Selain menarik minat mereka kepada agama yang suci ini, KSK turut bertanggung jawab membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Kita.


    MAJLIS EKSEKUTIF

    Pengerusi
    Ahmad Razali Bin Yusof

    Timb. Pengerusi 1
    Mohd Afezan Bin Md Ghani

    Timb. Pengerusi 2
    Nur Juwariyah Binti Mohammed

    Setiausaha 1
    Husna Binti Samsudin

    Setiausaha 2
    Aini Amirah Binti Kassim

    Bendahari
    Irfan Hadi Abdullah

    Timb. Bendahari
    Noratiqah Binti Mohd Sabri

    MAJLIS TERTINGGI

    Unit Kebajikan
    Ketua: Muhammad Azreen Firdaus Bin Abd Aziz
    Timb.: Mukarramah Bt. Mustafa Kamal

    Unit Dakwah
    Ketua: Mohd Fadhli
    Timb.: Nurul Huda Binti Abd Razak

    Unit Tarbiyah
    Ketua: Ahmad Ridha Bin Sabri
    Timb.: Tengku Noraini Binti Tengku Hassan

    Unit Penerbitan
    Ketua: Zaid Bin Mohd Azman
    Timb.: Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin

    Dari Meja Admin

    JKSK kini dikenali sebagai Kelab Saudara Kita (KSK). DAFTAR ONLINE di http://bit.ly/daftarksk

    Tarikh Hari Ini

    Info Terkini

    Aktiviti pembudayaan ilmu dan kerohanian pada:


    OGOS DAN SEPTEMBER 2010


    Comparative Religion Sharing: A Journey To Islam

    Tarikh: 22 dan 29 Ogos

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Kolej Rahman Putra


    Iftar

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Waktu berbuka puasa

    Tempat: Aras bawah (dewan peperiksaan) Masjid Sultan Ismail


    Qiamullail dan Sahur

    Tarikh: Setiap hujung minggu Ramadan dan 10 malam terakhir Ramadan.

    Masa: Sebelum Subuh

    Tempat: Masjid Sultan Ismail


    Bicara Ramadan

    Tarikh: 13, 20, 27 Ogos dan 3 September

    Masa: 8 pagi

    Tempat: Dewan Senat


    Tazkirah Ramadan

    Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan

    Masa: Selepas Zuhur, Selepas Asar, Selepas Tarawih

    Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

    Ruang Diskusi

    You're invited!
    Click to join jksk_utm

    Klik sekarang!

    Arkib

    • ►  2010 (31)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (5)
      • ►  Januari (8)
    • ▼  2009 (24)
      • ►  Disember (1)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (10)
      • ▼  Julai (6)
        • MUSLIM & NON-MUSLIM RELATIONS IN MALAYSIA
        • Tinta Saudara Yusuf
        • Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya
        • Alhamdulillah, Born of Love berjalan dengan lancar
        • Born of Love
        • Tinta Pengerusi JKSK
      • ►  Jun (1)
      • ►  April (2)

    Label

    • EXCO DAKWAH (1)
    • EXCO KEBAJIKAN (3)
    • EXCO PENERBITAN (2)
    • EXCO TARBIYAH (4)
    • GENERAL (27)
    • MAJLIS EKSEKUTIF (5)

    Trafik

    Sahabat KSK

    Blog Sahabat KSK

    • Menuju Redha Allah s.w.t
      48 Kata Kata Nasehat Untuk Orang Yang Iri Hati
      3 tahun yang lalu
    • aren , chem eng dan UTM !
      Download Ebook Men's Health Huge in a Hurry: Get Bigger, Stronger, and Leaner in Record Time With the New Science of Strength Training Download Free Books in Urdu and Hindi PDF
      3 tahun yang lalu
    • Neo Khilafah
      Kempen Beli Produk Muslim : Malaysia
      5 tahun yang lalu
    • IBNU RUSYDI
      Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular
      7 tahun yang lalu
    • Pelangi Indah
      10 tahun yang lalu
    • Sehangat Airmata Rindu
      on time
      10 tahun yang lalu
    • .:yangmilikNya:.
      Huruf Hamzah
      11 tahun yang lalu
    • unique muslim
      KENAPA TAK BERSIH?
      11 tahun yang lalu
    • Khayalan Yang PASTI
      Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani
      12 tahun yang lalu
    • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
      Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...
      12 tahun yang lalu
    • ::BANGKITLAH UMMAH KERANA ISLAM!::
      1433H-Melangkah Deras Memacu Blog Bermanfaat
      13 tahun yang lalu
    • Cinta Allah dan Rasul
      Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!
      13 tahun yang lalu
    • ::Kehidupan diPelabuhan Sementara::
      Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
      14 tahun yang lalu
    • masterfaiz
    • Meraih Ilmu Seluas Lautan
    • Melukis Keindahan Hidup
    • Muhammad Zaki Omar
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Copyright © All Rights Reserved. Kelab Saudara Kita | Converted into Blogger Templates by Theme Craft