Masjid Al-Aqsa
Hari Al-Quds (atau Hari Al-Aqsa) merujuk kepada peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit.
Masjid Al-Aqsa dibakar oleh penyembah Iblis dan Dajjal.
Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman).
Bahagian masjid yang terjejas akibat kebakaran.
Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa zionis Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman.
Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.
Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967.
Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam.
Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Secretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.
Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut. Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB.
Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.
Dipetik daripada teks khutbah Jumaat Negeri Selangor.
Hari Memperingati Al-Aqsa
Saudara-saudari yang dimuliakan.
Mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia yang prihatin.
Bersempena dengan Hari Al-Quds, marilah sama-sama kita pakai pakaian hitam pada hari Jumaat, 20 Ogos 2010. Biar satu dewan kuliah nampak suram. Suram kerana kita semua sedang berkabung.
Berkabung dengan kematian semangat juang umat Islam sebagai umat yang SATU.
Pakailah baju hitam, seluar hitam, tudung hitam, kopiah hitam, samping hitam, jubah hitam, serban hitam, atau apa-apa saja pakaian yang menampakkan warna hitam dengan dominan sekali.
Pakailah. Mari tunjukkan semangat kita sebagai masyarakat dunia. Tak kira agama apa, bangsa apa, yang penting kita semua mesti bersatu menentang kekejaman Zionis laknatullahi 'alaihim.
Tunjukkan kepada mereka di luar sana bahawa kita sememangnya mampu bersatu. Tunjukkan! Biar mereka takut dengan gerakan hitam mahasiswa UTM.
Ayuh! Bukan susah pun nak pakai pakaian hitam. Kita mesti hitamkan bumi UTM ini dengan komitmen kita, hanya untuk satu hari. Inilah yang kita mampu buat selain menderma wang dan barang-barang keperluan.
Dan, janganlah lupa untuk berdoa kepada Allah, semoga Al-Quds MERDEKA dalam erti kata yang sebenar.
Yakinilah, Al-Quds akan MERDEKA suatu hari nanti.
Tunggu masa saja.
Allah telah mentakdirkannya.
Dan Dialah yang akan melaksanakannya.
Rabu, Ogos 18, 2010
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, juga Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.
Nampaknya kita berpeluang untuk berbuka mewah secara percuma!!
Program Jelajah Sahabat YADIM 1 Malaysia
Rabu, 18 Ogos 2010 di Masjid Sultan Ismail
Acara:
Kacau bubur lambuk (bermula jam 5 petang)
Berbuka puasa (nasi beriyani!!)
Tazkirah khas YADIM
Penyerahan sumbangan YADIM
Anjuran:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
dan Pusat Islam UTM
SEMUA mahasiswa dan staf UTM dijemput hadir.
Rezeki jangan ditolak......
Selasa, Ogos 17, 2010
Timothy John Winter
Sumber: Republika
''Islam adalah agama yang besar dan sentiasa melahirkan peradaban besar.'' Demikian dikatakan Timothy John Winter, seorang pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi Universiti Cambridge, dalam sebuah wawancara dengan John Cleary, wartawan radio ABC, England, pada musim sejuk, April 2004.
Menurut Timothy, peradaban besar yang dihasilkan Islam menyebar dari Timur Tengah ke pelbagai penjuru dunia. ''Lihatlah Alhambra di Sepanyol, Taj Mahal di India dan lain-lain. Semuanya merupakan satu daripada peradaban Islam dalam dunia arkitektur,'' ujarnya.
Tim menjelaskan, Islam memiliki pelbagai ragam tradisi yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara yang lain, termasuklah dalam memberikan pujian untuk Allah dan Nabi Muhammad SAW. Misalnya, menurut beliau, tradisi Islam di Afrika berbeza dengan tradisi Islam di Turki, Uzbekistan, Melayu, Bosnia dan lain-lain. Namun, semua itu menggambarkan satu peradaban. ''Islam bersumber dari satu dan pelbagai ragam tradisi itu untuk satu tujuan, yakni Allah. Mereka semua menghadapkan diri ke satu tempat saat berdoa dan sujud, yakni ke arah Makkah yang menjadi kiblat semua umat Islam di seluruh dunia,'' jelasnya.
Itulah yang merintis perkenalan Tim Winter menjadi seorang Muslim. Beliau bercerita, selama beberapa tahun tinggal di Kaherah, beliau menyaksikan kebiasaan masyarakatnya yang selalu mendengarkan radio. Hampir 24 jam, kata Tim, mereka mendengar radio. Pada kesempatan lain, mereka melakukan rutin sesuai dengan agama yang mereka yakini. Mereka solat dan mendengar Al-Quran. ''Dari sinilah, saya mulai memahami kebiasaan orang Islam, yang menurut saya, itu adalah sesuatu yang logik dan benar,'' terangnya.
Dari kebiasaan itu, lanjutnya, mulailah timbul keinginan Tim untuk mempelajari agama yang dianut majoriti penduduk Mesir. Beliau juga mencuba membandingkan ajaran agama Islam dengan ajaran yang telah dianutnya ketika itu, iaitu Kristian Katolik. ''Lama-kelamaan, saya berasa ada sesuatu yang berbeza antara yang saya pelajari dalam agama saya dengan keyakinan masyarakat itu,'' kata peminat muzik Turki ini.
Sesuatu yang berbeza itu, lanjut Tim, adalah masalah keyakinan keagamaan. ''Dalam agama yang saya anuti sebelumnya, kami mengenal adanya Tritunggal (Tuhan Bapa, Anak, dan Roh Kudus). Dari sini, saya menyedari, mengapa Christ merelakan dirinya untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan orang lain kalau hanya untuk menyelamatkan umatnya ketika itu.''
Padahal, lanjut Tim, semua manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah). Mereka tidak berdosa. Lalu, mengapa ada orang yang harus merelakan dirinya untuk menjadi 'penebus dosa' itu. ''Jika memang demikian kebenarannya, jahat benar Tuhan itu sampai harus anaknya yang menjadi penebus dosa orang lain,'' tegasnya.
Dari sinilah, kata Tim, beliau semakin menyedari bahawa ada 'kekeliruan' yang disengajakan. ''Saya menjadi seorang Muslim bukan karena ajakan, tetapi saya berfikir dan melakukan introspeksi. Saya tidak ingin sekadar menjadi pengikut. Saya harus membuktikannya dan mencari kebenarannya sebab saya diberikan akal untuk berfikir,'' tegasnya lagi.
Menurut Tim, penjelasan Al-Quran tentang Jesus jauh lebih tepat dan dapat dipercayai, termasuk tentang dosa asal. ''Bagi saya, Jesus hanyalah seorang guru dalam agama Yahudi, yang membawa pesan kedamaian daripada Allah untuk umat manusia, sebagaimana tertulis dalam Al-Kitab (Bible) Ibrani,'' terangnya.
Saat disinggung mengenai sejumlah oknum umat Islam yang melakukan tindakan kekerasan dan terorisme, Tim menyatakan bahawa tindakan kekerasan tidak hanya dilakukan oleh umat Islam, tetapi juga boleh dilakukan oleh oknum umat agama lain. ''Kita juga boleh menyaksikan, bagaimana di Pentagon, antara kelompok yang satu dengan kelompok yang lain dalam agama yang sama mempunyai sikap berbeza dalam melihat kekerasan dan pelakunya,'' ujarnya.
Bahkan, lanjut Tim, kekerasan biasanya timbul dan dilakukan oleh suatu kelompok tertentu kerana mereka berasa terdesak dan karena harga diri mereka diinjak-injak. ''Apabila kita semua mahu menyedari dan melihat akar masalah yang sebenarnya, tentu sikap kekerasan yang muncul kerana ada latar belakangnya,'' ujar pemilik nama Muslim, Abdal Hakim Murad ini.
Tim menegaskan, Islam dan seluruh agama apa pun di dunia ini tidak mengajarkan umatnya untuk bertindak kejam. Apalagi sampai melakukan tindakan yang mengakibatkan hilangnya nyawa orang lain. ''Islam itu agama yang damai dan tidak pernah mengajarkan kekerasan,'' tegasnya.
''Islam adalah agama yang besar dan sentiasa melahirkan peradaban besar.'' Demikian dikatakan Timothy John Winter, seorang pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi Universiti Cambridge, dalam sebuah wawancara dengan John Cleary, wartawan radio ABC, England, pada musim sejuk, April 2004.
Menurut Timothy, peradaban besar yang dihasilkan Islam menyebar dari Timur Tengah ke pelbagai penjuru dunia. ''Lihatlah Alhambra di Sepanyol, Taj Mahal di India dan lain-lain. Semuanya merupakan satu daripada peradaban Islam dalam dunia arkitektur,'' ujarnya.
Tim menjelaskan, Islam memiliki pelbagai ragam tradisi yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara yang lain, termasuklah dalam memberikan pujian untuk Allah dan Nabi Muhammad SAW. Misalnya, menurut beliau, tradisi Islam di Afrika berbeza dengan tradisi Islam di Turki, Uzbekistan, Melayu, Bosnia dan lain-lain. Namun, semua itu menggambarkan satu peradaban. ''Islam bersumber dari satu dan pelbagai ragam tradisi itu untuk satu tujuan, yakni Allah. Mereka semua menghadapkan diri ke satu tempat saat berdoa dan sujud, yakni ke arah Makkah yang menjadi kiblat semua umat Islam di seluruh dunia,'' jelasnya.
Itulah yang merintis perkenalan Tim Winter menjadi seorang Muslim. Beliau bercerita, selama beberapa tahun tinggal di Kaherah, beliau menyaksikan kebiasaan masyarakatnya yang selalu mendengarkan radio. Hampir 24 jam, kata Tim, mereka mendengar radio. Pada kesempatan lain, mereka melakukan rutin sesuai dengan agama yang mereka yakini. Mereka solat dan mendengar Al-Quran. ''Dari sinilah, saya mulai memahami kebiasaan orang Islam, yang menurut saya, itu adalah sesuatu yang logik dan benar,'' terangnya.
Dari kebiasaan itu, lanjutnya, mulailah timbul keinginan Tim untuk mempelajari agama yang dianut majoriti penduduk Mesir. Beliau juga mencuba membandingkan ajaran agama Islam dengan ajaran yang telah dianutnya ketika itu, iaitu Kristian Katolik. ''Lama-kelamaan, saya berasa ada sesuatu yang berbeza antara yang saya pelajari dalam agama saya dengan keyakinan masyarakat itu,'' kata peminat muzik Turki ini.
Sesuatu yang berbeza itu, lanjut Tim, adalah masalah keyakinan keagamaan. ''Dalam agama yang saya anuti sebelumnya, kami mengenal adanya Tritunggal (Tuhan Bapa, Anak, dan Roh Kudus). Dari sini, saya menyedari, mengapa Christ merelakan dirinya untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan orang lain kalau hanya untuk menyelamatkan umatnya ketika itu.''
Padahal, lanjut Tim, semua manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah). Mereka tidak berdosa. Lalu, mengapa ada orang yang harus merelakan dirinya untuk menjadi 'penebus dosa' itu. ''Jika memang demikian kebenarannya, jahat benar Tuhan itu sampai harus anaknya yang menjadi penebus dosa orang lain,'' tegasnya.
Dari sinilah, kata Tim, beliau semakin menyedari bahawa ada 'kekeliruan' yang disengajakan. ''Saya menjadi seorang Muslim bukan karena ajakan, tetapi saya berfikir dan melakukan introspeksi. Saya tidak ingin sekadar menjadi pengikut. Saya harus membuktikannya dan mencari kebenarannya sebab saya diberikan akal untuk berfikir,'' tegasnya lagi.
Menurut Tim, penjelasan Al-Quran tentang Jesus jauh lebih tepat dan dapat dipercayai, termasuk tentang dosa asal. ''Bagi saya, Jesus hanyalah seorang guru dalam agama Yahudi, yang membawa pesan kedamaian daripada Allah untuk umat manusia, sebagaimana tertulis dalam Al-Kitab (Bible) Ibrani,'' terangnya.
Saat disinggung mengenai sejumlah oknum umat Islam yang melakukan tindakan kekerasan dan terorisme, Tim menyatakan bahawa tindakan kekerasan tidak hanya dilakukan oleh umat Islam, tetapi juga boleh dilakukan oleh oknum umat agama lain. ''Kita juga boleh menyaksikan, bagaimana di Pentagon, antara kelompok yang satu dengan kelompok yang lain dalam agama yang sama mempunyai sikap berbeza dalam melihat kekerasan dan pelakunya,'' ujarnya.
Bahkan, lanjut Tim, kekerasan biasanya timbul dan dilakukan oleh suatu kelompok tertentu kerana mereka berasa terdesak dan karena harga diri mereka diinjak-injak. ''Apabila kita semua mahu menyedari dan melihat akar masalah yang sebenarnya, tentu sikap kekerasan yang muncul kerana ada latar belakangnya,'' ujar pemilik nama Muslim, Abdal Hakim Murad ini.
Tim menegaskan, Islam dan seluruh agama apa pun di dunia ini tidak mengajarkan umatnya untuk bertindak kejam. Apalagi sampai melakukan tindakan yang mengakibatkan hilangnya nyawa orang lain. ''Islam itu agama yang damai dan tidak pernah mengajarkan kekerasan,'' tegasnya.
Biodata Saudara Kita
Nama asal: Timothy John Winter
Nama Muslim: Abdal Hakim Murad
Lahir: London, 1960
Pekerjaan: Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Cambridge
Jawatan: Secretary of the Muslim Academic Trust and Islamic Scholar (London)
Isnin, Ogos 16, 2010
"Kalau kamu kata Bible itu banyak percanggahan,
nah sila tunjuk mana percanggahannya?"
Apa kita nak jawab kalau tak ada ilmu?
Oleh itu, marilah kawan-kawan,
hadirlah ke
Comparative Religion Sharing
pada 22 dan 29 Ogos 2010
di dewan Kolej Rahman Putra
jam 8 pagi.
Makanan tidak disediakan. Masuk percuma. Iklan pun percuma.
Dapat saham lagi di akhirat, insya Allah.
Yang akan berkongsi:
Sdr. Muhammad Jaysuman bin Puspanathan (mahasiswa sarjana tahun akhir) dan saudara-saudara kita yang lain, insya Allah.
Pembentangan dibantu dengan:
Persembahan slaid yang sangat menarik, ala-ala 'mini ESQ'.
Rugilah siapa-siapa yang tak pergi walaupun sekali.
Jom! Ajaklah kawan-kawan anda ke majlis ilmu pada bulan yang penuh berkat ini.
Yang bukan muslim pun dialu-alukan untuk memperoleh pengetahuan berkenaan agama Islam dan agama-agama lain.
Dianjurkan bersama oleh:
Kelab Saudara Kita
dan
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra
Kalau nak lihat sendiri percanggahan dalam Bible,
datanglah dengan niat menuntut ilmu kerana Allah.
Isnin, Ogos 16, 2010
Jawatankuasa Saudara Kita menyokong kempen Seindah Akhlak Mahasiswa anjuran Jabatan Kerohanian dan Integrasi Sosial, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia.
Marilah sama-sama kita meriahkan majlis pelancaran kempen SALWA'10 yang akan dirasmikan oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam, Profesor Madya Dr. Hussin bin Salamon. Majlis pembudayaan ilmu ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran dua orang ahli panel yang akan berforum berkenaan isu pembuangan bayi, gejala sosial dan peranan kita (mahasiswa) dalam menangani masalah yang kian membarah ini.
Jom pergi! Masuk percuma!
Khamis, Julai 22, 2010
Latitude 3°48'39.81"N. Longitude 97°46'17.01"E. Eyealtitude 20 km.
Muat turun Google Earth di sini
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"
Surah Fussilat: 53
Surah Fussilat: 53
Ahad, Julai 18, 2010
Klik gambar untuk paparan lebih besar
Assalamu'alaikum warga kampus!
Anda semua dijemput hadir ke Seminar Pemantapan Aqidah (SPA-Q) yang bakal berlangsung pada 24 Julai 2010. Seminar ini akan membincangkan secara terperinci mengenai isu semasa berkaitan aqidah.
Pada slot yang pertama, Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan membentangkan kertas kerja berkenaan fahaman Syi'ah dari perspektif ahli sunnah wal jamaah.
Pada slot yang kedua di sebelah petang pula, Ustaz Nurazmallail Marni dari Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia akan membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Salah Faham Tentang Jihad Dalam Islam. Beliau akan menerangkan serba sedikit mengenai isu Jemaah Islamiah (JI) yang sedang berleluasa.
Sedikit perkongsian mengenai biodata pembentang kertas kerja:
Pada slot yang pertama, Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan membentangkan kertas kerja berkenaan fahaman Syi'ah dari perspektif ahli sunnah wal jamaah.
Pada slot yang kedua di sebelah petang pula, Ustaz Nurazmallail Marni dari Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia akan membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Salah Faham Tentang Jihad Dalam Islam. Beliau akan menerangkan serba sedikit mengenai isu Jemaah Islamiah (JI) yang sedang berleluasa.
Sedikit perkongsian mengenai biodata pembentang kertas kerja:
1. Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder, Al-Aliya(Al-Azhar), S.P.I (UKMalaysia), PhD (Malaya) Associate Professor.

Datanglah beramai-ramai!
Sumber: JAKERIS MPMUTM
Ahad, Julai 18, 2010
Klik gambar untuk paparan lebih besar
Pusat Islam juga menyediakan bantuan zakat kepada mahasiswa/i yang layak. Untuk maklumat lanjut, sila ke Pejabat Pusat Islam di aras bawah Masjid Sultan Ismail UTM.
Sabtu, Julai 17, 2010
Klik pada gambar untuk imej lebih besar.
Sekiranya berminat, hubungi nombor yang tertera pada banner. Tiket bagi dewasa = RM 5; pelajar sekolah = RM 2 sahaja.
Jumaat, Julai 09, 2010
Bekas juara tinju heavyweight dunia ini memang garang di gelanggang perlawanan. Beliau tidak gentar berhadapan dengan sesiapa pun, malah lawannya yang harus menggigil ketakutan apabila bertarung dengannya.
Namun, di Raudhah, Masjid Nabawi, air matanya tertumpah. Beliau tertunduk. Terharu mengenangkan nikmat Allah yang membawanya ke satu daripada taman-taman syurga. Sungguh, ini lebih mengujakan berbanding pengalamannya bertahun-tahun membelasah petinju di seluruh dunia!
Inilah pengalaman spiritual Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah baru-baru ini. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama Jumaat lalu, 2 Julai 2010.
Selama di Madinah, beliau bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam Madinah, yang menjelaskan kepadanya tentang segala kemudahan yang diberikan pihak universiti kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.
Namun, di Raudhah, Masjid Nabawi, air matanya tertumpah. Beliau tertunduk. Terharu mengenangkan nikmat Allah yang membawanya ke satu daripada taman-taman syurga. Sungguh, ini lebih mengujakan berbanding pengalamannya bertahun-tahun membelasah petinju di seluruh dunia!
Inilah pengalaman spiritual Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah baru-baru ini. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama Jumaat lalu, 2 Julai 2010.
Selama di Madinah, beliau bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam Madinah, yang menjelaskan kepadanya tentang segala kemudahan yang diberikan pihak universiti kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.
Sesi diskusi Mike Tyson bersama Dr. Muhammad Al-Uqala, rektor Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi diatur oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA) yang banyak menaja selebriti Saudara Kita berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan rukun Islam selain mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi.
Shahzad Muhammad, Presiden CDA, yang juga merupakan duta keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, mengatakan bahawa Tyson akan berada di Saudi selama satu bulan. Beliau akan mengunjungi tempat-tempat suci dan tempat penting yang lain, serta bertemu dengan orang-orang Saudi untuk lebih mengenali kebudayaan dan tradisi setempat.
Tinggal di sebuah hotel berdekatan Masjid Nabawi, Tyson nyata menjadi tumpuan peminat yang tidak melepaskan peluang menatap wajahnya dari dekat dan mengambil gambarnya meskipun terpaksa menanti berjam-jam. Sambutan yang agak luar biasa ini memaksanya menggunakan khidmat pengawal keselamatan sewaktu berjalan ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur.
Tyson cuba mengelak dikenali peminat dengan memakai kopiah, namun gagal.
"Saya suka mempunyai peminat yang menyayangi saya di Arab Saudi. Namun, saya berharap mereka membiarkan saya sendirian untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci," ujar Tyson ketika berada masjid kedua paling utama umat Islam itu.
Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW di makam baginda di Masjid Nabawi. “Beliau menangis lebih setengah jam ketika berdiri di hadapan makam Nabi sambil mengangkat tangannya," kata Shahzad sewaktu mengulas kunjungan Tyson ke Raudhah.
“Tyson terus berada di kawasan Raudhah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambahnya.
Ketika disoal pemberita tentang perasaannya di sana, Tyson berkata, "Saya tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di satu daripada taman-taman syurga.”
“Tyson terus berada di kawasan Raudhah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambahnya.
Ketika disoal pemberita tentang perasaannya di sana, Tyson berkata, "Saya tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di satu daripada taman-taman syurga.”
Tyson mengenakan ihram untuk mengerjakan umrah.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba dan Masjid Qiblatain (dua kiblat). Selepas ziarah di Madinah, Tyson menukar pakaian ihram sebelum ke Makkah untuk melaksanakan umrah. Selesai umrah, beliau akan berkunjung pula ke Jeddah, Abha dan Riyadh.
Tyson yang nama sebenarnya Michael Gerard Tyson lahir di New York, Amerika Syarikat pada 30 Jun 1966. Beliau memeluk Islam ketika di dalam penjara di Indiana pada pertengahan tahun 1990 selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam. Beliau kemudiannya mengumumkan ke-Islamannya secara rasmi setelah dibebaskan pada tahun 1995 dengan memakai nama Islam, Malik Abdul Aziz. Semoga Allah istiqamahkan beliau di jalan yang lurus. Lelaki perkasa seperti beliau amat tinggi nilainya pada umat Islam.
Tyson yang nama sebenarnya Michael Gerard Tyson lahir di New York, Amerika Syarikat pada 30 Jun 1966. Beliau memeluk Islam ketika di dalam penjara di Indiana pada pertengahan tahun 1990 selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam. Beliau kemudiannya mengumumkan ke-Islamannya secara rasmi setelah dibebaskan pada tahun 1995 dengan memakai nama Islam, Malik Abdul Aziz. Semoga Allah istiqamahkan beliau di jalan yang lurus. Lelaki perkasa seperti beliau amat tinggi nilainya pada umat Islam.
Selasa, Julai 06, 2010
Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31Mei lalu.
Usul yang dibentang pada 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan setelah perbahasan lebih lima jam oleh wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee ketika majoriti anggota parlimen berada dalam dewan kecuali mereka yang mempunyai urusan rasmi di luar, termasuk anggota parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, yang turut mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza bersama Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dengan kapal MV Rachel Corrie.
Berikut ialah 15 ketetapan yang dipersetujui ahli dewan:
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Sumber: Bernama
Sehubungan dengan itu, JKSK menyambut baik usul yang dibentangkan Perdana Menteri dan menyokong penuh 15 ketetapan tersebut. Kami juga berharap agar usul ini tidak dipandang sebelah mata oleh Israel dan sekutunya, sebalikya diberi perhatian serius agar mereka tidak meneruskan kerja-kerja jahat menindas bangsa Palestin dan umat Islam seluruhnya.
JKSK turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada wira-wira negara seramai 18 orang termasuk 6 aktivis dan wartawan yang baru pulang ke tanah air lewat petang tadi. Meskipun misi menyampaikan bantuan ke Gaza tidak berjaya, namun usaha dan pengorbanan mereka telah berhasil membuka mata dunia bahawasanya suatu kaum yang dipanggil Zionis yang tinggal di tanah milik orang lain secara haram adalah kaum yang paling kejam pernah keluar ke muka bumi setakat ini.
Dunia kini sedar, penderitaan rakyat Palestin bukanlah semata-mata akibat tanah mereka dirampas, malah hakikatnya kehidupan mereka semakin terancam, apatah lagi dengan kekurangan bekalan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan. Oleh yang demikian, JKSK turut menyambut baik kesediaan Mesir membuka pintu sempadan Rafah tanpa syarat dan ketetapan masa. Keadaan ini bagi penduduk Gaza ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, memberikan ruang dan peluang buat mereka untuk keluar mencari bekalan dan bantuan perubatan di Mesir.
Palestin sekian lama bermandi darah dan air mata. Sudahlah tanah dirampas, bantuan dari luar pula disekat. Zalimnya Zionis yang penuh tipu helah itu. Semoga Allah melaknat mereka dan menjanjikan tanah neraka buat mereka!
HIDUP ISLAM!! HANCUR ZIONIS!!
Isnin, Jun 07, 2010
Oleh Mohamad Faiz bin Mohd Jamaluddin
SKUDAI, 1 Jun - Misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin kini terbantut apabila kapal Mavi Marmara diserang tentera laut Israel. Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera parah. Kapal tersebut merupakan kapal induk yang mengetuai konvoi 7 buah kapal membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang dizalimi rejim Israel.
Mavi Marmara, kapal Turki yang membawa lebih 540 orang termasuk 12 sukarelawan dan petugas media dari Malaysia (Astro Awani), masih berada di perairan antarabangsa apabila ia ditahan tentera laut Israel. Sepasukan tentera komando dilaporkan turun dari helikopter sebelum menyerang kumpulan aktivis yang tidak bersenjata itu. Wartawan televisyen Al-Aqsa Gaza sempat merakamkan video yang menunjukkan beberapa mangsa terbaring di dek akibat terkena tembakan.
Maklumat terkini mengatakan bahawa kapal Mavi Marmara telah dibawa ke Haifa sementara penumpangnya dihumban ke penjara.
Mengulas mengenai perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Saudara Kita UTM, Ahmad Razali bin Yusoff mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan biadab rejim Israel terhadap saudara se-Islam yang belayar di Laut Meditteranean membawa bantuan kepada penduduk Gaza.
"Saya mengutuk tindakan Israel atas dasar Islam sejagat," katanya sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang menaiki kapal Rachel Corrie, satu daripada enam buah kapal kecil yang menyertai konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, disahkan selamat setelah rombongan itu bertindak mengubah haluan dan memperlahankan pergerakan kapal.
Rakyat Malaysia terbabit merupakan tiga orang wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) berserta Ahli Parlimen Parit dan dua petugas media TV3. PGPO ialah sebuah pertubuhan untuk keamanan yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai organisasi yang mewakili ribuan mahasiswa Islam dan saudara baharu, Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK) turut berasa terpanggil untuk menyuarakan desakan kepada rejim zionis Israel supaya menghentikan perlakuan zalim terhadap umat Islam khasnya di Palestin dan membebaskan serta memohon maaf kepada aktivis kemanusiaan, petugas media dan anak-anak kapal Mavi Marmara yang ditahan tanpa diberi peluang membela diri.
JKSK juga memohon secara terbuka kepada pihak kerajaan Malaysia agar dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk peri laku biadab armada tentera laut Israel dan mengadakan rundingan dengan Tel Aviv untuk membebaskan mereka yang ditahan secara tidak adil dan kejam itu.
Akhir sekali, JKSK mengajak saudara se-Islam di seluruh dunia, terutamanya para mahasiswa, pensyarah dan warga Universiti Teknologi Malaysia, bermunajat dan berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla supaya menyelamatkan umat Islam yang sekian lama ditindas musuh akibat kealpaan mereka sendiri. Sama-samalah kita berdoa dan bekerja ke arah penyatuan umat dengan membuang segala anasir yang memecah belahkan kita selama ini. Sudah sampai masanya kita bersatu demi sebuah kebangkitan.
MOHAMAD FAIZ BIN MOHD JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Unit Penerbitan,
Jawatankuasa Saudara Kita,
Pusat Islam UTM.
Selasa, Jun 01, 2010
KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
~baca selebihnya di sini
Isnin, Mei 31, 2010
Pada suatu masa, Khalifah Umar bin al-Khattab bertekad hendak menakluk kota Ubullah, sebuah kota berhampiran Basrah. Umar berkata, "Panggil Utbah bin Ghazwan untukku." Maka Utbah pun datang, lalu Umar menyerahkan panji pasukan yang berkekuatan tiga ratus orang lebih sedikit kepadanya sambil menjanjikan akan mengirimkan bantuan susulan jika boleh.
Setelah dilepaskan dan dinasihati khalifah, Utbah bin Ghazwan pun berangkat bersama pasukannya disertai beberapa orang wanita termasuklah isterinya dan isteri sebahagian tenteranya. Setelah jauh berjalan, mereka tiba di sebuah tanah yang banyak ditanami buluh tidak jauh dari Ubullah. Malangnya, saat itu mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.
Sudah namanya manusia, apabila lapar semua tergendala. Maka Utbah memberi arahan kepada orang-orangnya, "Carilah sesuatu dari bumi ini yang boleh kita makan."
Tanpa membuang masa, mereka pun pergilah mencari apa-apa yang boleh mengisi perut mereka.
Seorang daripada mereka meriwayatkan.
Apakala kami mencari sesuatu yang boleh kami makan, kami masuk ke sebuah hutan dengan pohon-pohon yang lebat, kami menemukan dua macam pohon, yang pertama adalah kurma, sedangkan yang kedua adalah biji-biji kecil yang terbungkus dengan kulit yang berwarna kekuning-kuningan. Kami memetik kedua-duanya dan membawanya ke markas pasukan. Seorang daripada kami melihat biji-bijian kecil tersebut, dia berkata, "Ini adalah racun yang dipasang oleh musuh. Jangan dekatinya." Maka kami memilih kurma dan menyantapnya.
Ketika kami sedang menyantap kurma, tiba-tiba seekor kuda kami yang terlepas dari kekangnya mendekati biji-biji kecil tersebut dan memakannya. Demi Allah kami hampir menyembelihnya sebelum ia mati untuk mengambil dagingnya. Namun pemiliknya mencegah kami. "Biarkannya. Malam ini aku akan mengawasinya. Jika aku berasa ia akan mati maka aku akan menyembelihnya."
Apabila sampai waktu pagi, kami melihat kuda tersebut sihat wal afiat tidak kurang sesuatu pun. Maka saudara perempuanku berkata kepadaku, "Saudaraku, aku pernah mendengar bapa berkata bahawa jika racun dipanaskan dengan api maka ia tidak berbahaya."
Kemudian saudara perempuanku itu mengambil sebahagian biji-bijian kecil tersebut dan meletakkannya di atas pinggan sebelum menyalakan api di bawahnya.
Tidak lama kemudian, saudara perempuanku memanggil, "Ke marilah kalian, lihatlah, warnanya berubah menjadi kemerah-merahan." Kemudian biji-bijian itu terbelah dan terpisah dari kulitnya dan meninggalkanbutir-butir berwarna putih.
Kami menghidangkannya untuk dimakan. Utbah berkata, "Sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah." Maka kami menyantapnya dan ternyata rasanya sangat nikmat. Kemudian kami mengetahui setelah itu bahawa biji-bijian tersebut bernama al-Aruz (beras).
Sumber: klik sini
Jumaat, Mei 21, 2010
Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Bersempena peperiksaan akhir semester yang bermula pada 5 April 2010 ini, JKSK dengan sukacitanya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa di UTM khususnya dan di seluruh negara umumnya.
Hadapilah peperiksaan ini dengan senyuman keyakinan. Buangkan anggapan buruk, hilangkan tekanan, serapkan tenaga positif ke dalam diri agar sentiasa tenang di dewan peperiksaan insya Allah.
Ikhlaskan diri sewaktu mengulang kaji pelajaran. Menuntut ilmu biarlah kerana Allah, bukan kerana peperiksaan. Jangan lupa, sentiasa berserah diri kepada Allah, kerana daripada-Nyalah asal segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kembalinya segala sesuatu.
Pada kesempatan ini juga, JKSK ingin memohon maaf yang tidak terhingga banyaknya atas kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sepanjang semester ini dan semester-semester lalu, sama ada dengan sengaja mahupun tidak, dalam sedar mahupun leka. Kami juga manusia, tidak lekang daripada dosa. Insya Allah, pada semester akan datang, kami akan bekerja lebih kuat dalam memikul tanggungjawab berdakwah, menyebarkan kebenaran dan menyanggah kebatilan.
Semoga Allah memberkati usaha kita dalam medan ilmu ini dan berkenan mengurniakan kejayaan hakiki, tidak hanya di dunia, malah yang lebih penting di akhirat kelak.
Salam imtihan daripada JKSK.
Isnin, April 05, 2010
Oleh: Mohamad Faiz bin Mohd Jamaluddin
Imam Ali Bin Abu Talib 'alaihissalam wa karramallahu wajhahu wa radhiyallahu 'anhu, pernah berkata, "Sungguh, apabila Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui perantara kamu, maka itu lebih baik bagi kamu daripada unta merah." Kata-kata indah ini dicatat oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui perantara kamu"?
Yang dimaksudkan oleh Imam Ali ialah dakwah, kerana dakwah ialah satu jalan untuk mendapatkan hidayah Allah. Bukanlah kerana usaha dakwah itu maka manusia mendapat hidayah, kerana hidayah adalah milik mutlak Allah.
"Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk."
Surah al-Qasas: 56
Tugas manusia hanyalah berdakwah, yakni menyeru dan mengajak manusia kepada kebenaran dan meninggalkan segala kebatilan. Adapun yang menggerakkan manusia untuk beramal dengannya ialah Allah. Tugas memberi hidayah ialah tugas Allah, bukan lagi tugas manusia.
Pendakwah wajib ada ilmu?
Sudah tentu, kerana tanpa ilmu, bagaimana hendak menyampaikan ilmu? Bukankah rukun dakwah itu ada empat? Menurut Hasan al-Banna, rukun dakwah ialah:
1) Da'i - yakni si pendakwah
2) Mad'u - yakni orang yang didakwahkan (sasaran dakwah)
3) Maudu' - perkara yang disampaikan sebagai dakwah
4) Uslub - yakni cara atau skil berdakwah
Demi manyampaikan maudu' maka wajiblah si da'i mempunyai ilmu. Tentang perkara ini, telah berkata Imam Abu Laith, "Orang yang melakukan al-amru bil ma'ruf (dakwah) berhajat (perlu) kepada lima perkara. Pertama, ilmu; kerana bahawasanya orang yang jahil tentang ilmu agama tidak layak sama sekali menjalankan kerja al-amru bil ma'ruf." Kata-kata ini dinukil daripada kitab Tanbihul Ghafilin bagi al-Syaikh Nasar bin Muhammad bin Ibrahim al-Samarqandiy. Kitab ini adalah muktabar bagi pengikut Ahli Sunnah wal Jama'ah.
Lagi kata ulama tentang wajibnya pendakwah mempunyai ilmu. Tercatat dalam kitab Tuhfatul Murid bagi al-'Allamah Ibrahim bin Muhammad al-Baijuriy, "Dan ketahuilah olehmu, bahawasanya wajibnya kerja al-amru bil ma'ruf wal nahyu 'anil munkar (menyuruh kepada kebaikan dan menegah daripada kemungkaran) dengan beberapa syarat. Pertama, hendaklah ada orang yang menjalankan kerja demikian itu berilmu dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Orang yang jahil tentang ilmu agama TIDAK HALAL baginya melakukan kerja al-amru bil ma'ruf wal nahyu 'anil munkar. Tidak halal bagi orang awam melakukan al-amru bil ma'ruf wal nahyu 'anil munkar pada perkara yang ia tidak berilmu tentangnya. Adapun pada perkara yang diketahui hukumnya SECARA JELAS oleh orang awam dan orang yang berilmu agama, maka bolehlah orang awam itu melakukan kerja al-amru bil ma'ruf wal nahyu 'anil munkar pada perkara tersebut itu SAHAJA."
Demikianlah peri pentingnya seseorang pendakwah itu mempunyai ilmu. Hal ini sememangnya ditegaskan oleh Allah melalui Rasul-Nya, dan diulang-ulang pula oleh para ulama melalui kitab mereka yang muktabar. Oleh itu, buat para pendakwah, sentiasalah berusaha mempertingkatkan ilmu di dada. Jangan sekali-kali pernah menyangka ilmu yang dimiliki itu sudah cukup, kerana hakikatnya ilmu Allah itu luas dan tidak terhitung banyaknya. Kalaulah ilmu-ilmu itu ditulis dengan dakwat sebanyak dua kali ganda air tujuh lautan, nescaya dakwat itu akan habis sebelum selesai ilmu-ilmu itu ditulis.
Jangan jadi seperti sesetengah manusia yang suka menyampaikan dakwah tanpa ilmu yang tinggi, sekadar cukup makan sahaja. Mereka tidak berkenan pergi ke majlis ilmu atau kuliah pengajian, sebaliknya lebih suka berkumpul untuk fikir-fikir iman. Mereka tidak gemar mempelajari ilmu aqidah, tetapi tanpa segan silu berjalan kepada orang ramai dan menyeru mereka kepada kebesaran Allah. Ketahuilah wahai saudaraku sekalian, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan. Dan, ilmu hendaklah didapatkan secara berguru, yakni dengan guru yang mursyid.
Oleh yang demikian, hendaklah kita semua istiqamah memperdalam ilmu, terutamanya ilmu agama, agar dapat terus istiqamah menyampaikannya kepada orang ramai. Janganlah sampai kita dituduh sebagai kelompok yang jahil, yang berdakwah kepada orang ramai dengan kejahilan pula. Contohilah para sahabat yang saban waktu ditarbiyah oleh Rasulullah SAW, agar dapat meneruskan kerja-kerja al-amru bil ma'ruf wal nahyu 'anil munkar dengan baik sepeninggalan baginda. Ingatlah saudaraku; dakwah memang nombor satu, tetapi menuntut ilmu bukanlah yang kedua. Wallahu a'lam.
MOHAMAD FAIZ BIN MOHD JAMALUDDIN
Timb. Ketua Lujnah Penerbitan,
Jawatankuasa Saudara Kita,
Pusat Islam, UTM.
Selasa, Mac 30, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)